Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Sebab WAJIB Guna Instarem Hantar Duit ke Luar Negara

BY Team Loanstreet

Updated 25 Oct 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Dengan kerjasama

 

Menghantar duit ke luar negara bukan lagi satu proses yang rumit dan menakutkan. Sekarang ini kan banyak aplikasi yang anda boleh guna tanpa perlu ke kaunter. Dengan pelbagai pilihan sekarang ini, macam mana nak pilih platform mana untuk digunakan?

Jangan risau.

Kami ada buat beberapa kajian untuk anda. Mengambil kira beberapa faktor seperti kelajuan, sokongan dan kos menghantar dan menerima wang ke luar negara, kami mendapati Instarem adalah salah satu penyelesaian terbaik yang sedia ada di pasaran.

Mari dengar perkongsian kami mengenai beberapa aspek penting Instarem; mengapa platform ini boleh dipercayai dan lebih pantas untuk hantar wang ke luar negara.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tapi, tunggu dulu. Apa itu Instarem?

 

 Gambar yang ditunjukkan hanyalah ilustrasi semata-mata

Kalau anda hendak tahu, Instarem adalah cara yang menjimatkan kos, mudah dan cepat untuk menghantar wang secara atas talian ke luar negara seperti di Eropah, Asia Pasifik, Asia Tenggara dan AS - 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Instarem memindahkan wang anda kepada penerima yang dipilih di seberang dunia dengan selamat. Selain itu, perkhidmatan pemindahan wang 100% atas talian ini dapat membantu anda hantar wang ke seluruh dunia hanya dengan komisen yang sedikit dan tanpa sebarang kos tersembunyi.

Tambahan lagi, aplikasi Instarem yang berintuitif ini datang dengan interface yang ringkas. Fungsi penghantaran Instarem pun cepat dan membolehkan anda memindahkan wang ke luar negara dengan mudah. Apatah lagi, anda boleh mengelak dari beratur panjang di bank, dapat mengawal wang sendiri dan lain-lain.
 

Jadi, apa yang membuatkan Instarem boleh dipercayai dan lebih pantas menghantar wang ke luar negara?

1. Kadar Pertukaran Yang Terbaik & Yuran Rendah

Pertama sekali, harga Instarem adalah sebahagian kecil dari apa yang anda akan bayar kalau melalui bank atau penyedia perkhidmatan lain. Lebih menarik, Instarem hanya mengenakan bayaran sebanyak antara 0.25% hingga 1% kepada pengguna – membolehkan anda memindahkan wang ke luar negara dengan kos yang lebih rendah.

Tak sebut lagi yang Instarem menawarkan kadar pertukaran mata wang antara bank (dapat terus dari Reuters) dengan bayaran nominal untuk pelbagai mata wang lebih daripada 55 negara. Disebabkan itu, platform ini disenaraikan di antara penyedia perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa termurah dari segi kadar pertukaran dan yuran.

Ini bermakna kalau perlu memindahkan wang ke luar negara, anda hanya perlu bayar pertukaran mata wang dengan penambahan yang kecil. Jangan sekali-kali anda bayar lebih dari sepatutnya!
 

2. Permindahan Pantas (kebiasaannya Segera) dan Telus

Kebiasaannya, anda boleh expect pemindahan wang sangat pantas dengan Instarem. Kelebihan ini amat membantu apabila penerima sangat memerlukan duit dengan kadar segera. Berbeza kalau anda pilih untuk mebuat pemindahan melalui bank. Selalunya transaksi antara dua negara berkemungkinan akan mengambil masa.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Instarem atau platform digital untuk menghantar wang pada bila-bila masa, siang atau malam. Tambahan lagi, penyedia perkhidmatan ini membenarkan anda menjejaki segala transaksi, membuat perubahan pada senarai penerima (boleh tambah sehingga 10 penerima), dan menyemak sejarah transaksi. Dengan ini, anda boleh tahu pada setiap masa apabila menghantar wang, amaun yang dibelanjakan serta amaun yang diterima oleh penerima – semuanya di hujung jari.
 

3. Sistem Selamat dan Terkawal

Kami faham menghantar sejumlah wang yang besar menggunakan perkhidmatan atas talian sangat merisaukan. Tetapi tak mengapa, dengan Instarem, memang selamat sepenuhnya kalau anda pindahkan wang ke luar negara. Platform ini menyediakan  keselamatan web tahap kelas pertama dan protokol perlindungan sedia ada.

Selain itu, Instarem jugak dikawal selia dengan ketat oleh 9 pengawal selia kewangan di seluruh dunia. Kalau di Malaysia, ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Ini adalah untuk melindungi sesiapa sahaja atau mana-mana perniagaan yang menggunakan perkhidmatan pemindahan wang Instarem.
 

4. Bonus Pemindahan Kali Pertama dan Ganjaran Poin Kesetiaan (Loyalty Points)


Siapa saja yang tak suka bonus? Bagi yang first time guna Instarem, anda boleh gunakan kod di bawah untuk jimat sebanyak RM50.
 


Anda tahu tak, selain bonus yang menarik ini, anda boleh berbelanja dan menyimpan secara konsisten pada masa yang sama? Macam mana tu? Instarem menawarkan InstaPoints sebagai ganjaran poinn kesetiaan supaya anda boleh HANTAR, DAPAT dan TEBUS.

InstaPoints mempunyai nilai kewangan, jadi boleh lah memanfaatkannya sebagai diskaun untuk pemindahan wang yang seterusnya. Lebih banyak wang yang anda hantar, lebih banyak poin yang anda akan terima dan semakin kurang anda perlu bayar. Untuk ekstra Instapoints, memperkenalkan rakan-rakan dengan Instarem. Berbaloi untuk dua belah pihak!


Berjimat dengan menghantar duit ke luar negara dengan Instarem hari ini!

Instarem sudah menjadi penemuan terhebat bagi orang ramai. Ia juga mempunyai ramai pengguna dari pelbagai negara yang memindah wang dalam mata wang yang berbeza atas talian tanpa sebarang masalah - Mudah, selamat dan secara serta-merta.

Sememangnya, Instarem adalah salah satu aplikasi untuk membuat hidup lebih mudah dan pastikan wang anda selamat. Selain untuk individu, para peniaga juga tidak perlu lagi memindahkan wang secara tradisional yang selalunya mahal dan tidak fleksibel.

Tunggu apa lagi? DAFTAR akaun Instarem dan buat pemindahan wang ke luar negara hari ini!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL