Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Meningkatan Taraf Pelaburan Anda: Hartanah Perumahan VS Komersil

BY Team Loanstreet

Updated 09 Dec 2019




Dalam bidang yang mempunyai pilihan pelaburan yang luas, pelaburan hartanah biasanya dianggap sebagai pelaburan yang berjangka panjang dan selamat. Namun, dalam bidang ini terdapat dua dunia yang berbeza: hartanah perumahan dan hartanah komersial. Walaupun pelaburan dalam hartanah perumahan merupakan pelaburan yang selamat, perlaburan dalam hartanah komersial adalah amat berbeza. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Salah satu sebab utama pengalihan pelaburan dari hartanah kediaman kepada hartanah komersial dianggap sebagai peningkatan taraf pelaburan adalah kerana pelabur hanya dibenarkan margin pembiayaan sebanyak 70% untuk pinjaman rumah ketiga mereka dan seterusnya, manakala tidak ada sebarang peraturan begini untuk hartanah komersial; Tiada sebarang polisi yang akan menghadkan margin pembiayaan anda sama ada dalam pembelian hartanah komersial yang pertama atau kesepuluh.

Jadi, jika anda telah terlibat sepenuhnya dalam pelaburan hartanah kediaman, dan sedang mencari hartanah kediaman yang ketiga, pengalihan kepada hartanah komersial bermakna anda tidak akan berhadapan dengan bayaran pendahuluan yang tinggi. Marilah kita meneroka perbezaan yang lain dari sudut pandangan pelabur.

Risiko dan Pulangan

Bagi hartanah kediaman, permintaan dan penawaran merupakan faktor untuk risiko dan pulangan, manakala bagi hartanah komersial, risiko akan turun atau naik selaras dengan ekonomi Malaysia – Keadaan ekonomi yang buruk bermakna kuasa beli yang rendah, menyebabkan permintaan yang rendah terhadap hartanah komersial dan akhirnya menurunkan nilai hartanah dan kadar sewa. Walau bagaimanapun, pepatah ‘risiko tinggi, pulangan tinggi’ adalah benar dalam situasi sini, kerana ganjaran yang lumayan pada umumnya akan mengimbangkan perjudian yang berisiko tinggi.

Kurang Tekanan dalam Pengurusan Penyewaan

Dalam bidang penyewaan, pelaburan dalam hartanah komersial adalah pemenang. Bagi hartanah perumahan, hiasan dan pengubahsuaian adalah sesuatu yang amat diperlukan untik menyewakan unit anda di kawasan yang kompetitif. Sebaliknya, penyewa bagi hartanah komersial adalah lebih berminat terhadap unit-unit yang tanpa mempunyai sebarang pengubahsuaian dan hiasan kerana mereka biasanya mahu mereka bentuk dan mengubahsuai unit tersebut berdasarkan keinginan mereka. Perbezaan ini membolehkan pengurusan penyewaan lebih mudah untuk hartanah komersial.

Di samping itu, pemilik harta perumahan juga sering menghadapi masalah aduan yang kerap dan pelarian penyewa yang meninggalkan sewa dan yuran utiliti yang tertunggak. Penyewa hartanah komersial, sebaliknya, jarang menimbulkan masalah dan lebih mematuhi syarat-syarat dalam perjanjian penyewaan.

Tambahan pula, sekirannya unit komersial anda berada dalam kawasan yang kompetitif, banyak orang akan bersaing untuk menyewa unit tersebut. Oleh itu, keadaan ini akan memudahkan process pencarian penyewa baru sekirannya seseorang penyewa anda membuat keputusan untuk menamatkan atau tidak memperbaharui penyewaan beliau. Akhirnya, tempoh penyewaan bagi unit-unit komersial adalah lebih panjang berbanding dengan unit-unit kediaman, membolehkan anda menjimatkan komisen ejen.

Pasaran yang Menguntungkan

Ya, secara umumnya, harga hartanah telah melonjak baru-baru ini, tetapi dalam sektor hartanah komersial, terutamanya yang di kawasan utama, peningkatan harga pada umumnya adalah lebih tinggi dan lebih cepat. Ini adalah disebabkan kadar sewa mempunyai kesan yang lebih langsung dan relevan kepada nilai hartanah komersial, berbanding dengan nilai hartanah kediaman, yang sebahagian besar terpengaruh oleh permintaan dan penawaran hartanah.

Tambahan pula, kadar sewa bagi unit komersial akan melonjak lebih tinggi dan lebih cepat berbanding dengan unit kediaman. Pada hari ini, Ia bukan sesuatu yang luar biasa bahawa kadar sewa untuk seunit hartanah komersial yang berada di kawasan utama berharga berpuluhan ribu, banyak kali lebih daripada seunit hartanah kediaman yang mempunyai kaki persegi yang sama dan berada di kawasan yang sama. Oleh itu, manfaat di sini adalah berganda: nilai hartanah yang lebih tinggi dan kadar sewa yang lebih tinggi.

Pembiayaan Hartanah Anda

Jika anda pernah mengambil pinjaman rumah, anda akan tahu bahawa bank-bank pada umumnya tidak akan berminat untuk mengetahui tentang jenis hartanah yang akan dibiayai, sama ada pangsapuri atau rumah teres. Tetapi apabila ia datang kepada pinjaman harta komersial, bank-bank akan menjadi amat cerewet terhadap jenis hartanah dan akan memberikan anda margin pembiayaan yang lebih rendah dan/atau tempoh pinjaman yang lebih rendah berdasarkan jenis hartanah.

Jika anda mendapatkan tawaran yang tidak baik untuk pinjaman hartanah komersial, ingat untuk ‘membeli-belah di sekitar’ – bank yang berbeza akan berminat terhadap jenis hartanah yang berbeza, jadi anda mungkin akan mendapat tawaran yang lebih baik di bank yang berbeza.

Kesimpulan

Walaupun anda akan mendapat keuntungan yang lebih lumayan dalam pasaran hartanah komersial, namun terdapat banyak faktor yang perlu diperhatikan, antaranya ialah lokasi, jenis hartanah, dan keadaan ekonomi yang akan mempunyai kesan yang lebih besar ke atas pelaburan anda. Berminat? Dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pinjaman hartanah komersial dengan menggunakan Alat Perbandingan Pinjaman perumahan  Loanstreet untuk mencari pakej dan kadar faedah yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai