Jap, jap, jap… pebenda PRS ni sebenarnya?
PRS ni adalah skim pelaburan dan simpanan sukarela yang diuruskan oleh syarikat-syarikat swasta - lain dari KWSP yang fully gomen punya. Walaupun camtu, matlamat diorang sama iaitu supaya korang ada duit untuk support hidup selepas bersara nanti.
Kalau korang nak tahu, sesiapa je boleh buat caruman PRS. Tak kisah lah kerja swasta ke atau kerja sendiri - kerja gomen pun boleh. Asalkan korang berumur 18 tahun ke atas.
Dengan ada PRS ni, dapatlah korang tambah duit persaraan tu banyak sikit. Bayangkan, korang ada KWSP dan PRS, konfem duit persaraan korang boleh tahan lama - lebih dari 5 tahun!
BACA JUGAK: 3 Perkara untuk Diketahui Sebagai Perancangan Persaraan pada Usia 30-an
Antara sebab korang patut buat caruman PRS adalah...
- Korang boleh simpan lebih banyak duit (10% dari gaji bulanan)
- Boleh pilih penyedia dan dana PRS mana korang nak (pilih sendiri/ikut umur)
- Dapat pelepasan cukai sebanyak RM3 ribu setahun (ikut terma & syarat)
- Boleh withdraw duit dalam PRS walaupun belum capai umur bersara - tujuan umum, pindah ke negara lain, perumahan dan kesihatan
Kiranya, memang lain sikit dari KWSP yang ada sekatan dari segi nak guna tu. Ya lah, caruman KWSP terhad kepada RM60 ribu setahun (paling maksimum). Korang pun tak boleh nak pilih portfolio pelaburan mana yang sesuai - lebih strict lah.
Jadi, siapa je penyedia-penyedia PRS yang korang boleh apply?
- Affin Hwang Asset Management Bhd
- AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd
- AmFunds Management Bhd
- Kenanga Investors Bhd
- Manulife Investment Management (M) Bhd
- Principal Asset Management Bhd
- Public Mutual Bhd
- RHB Asset Management Sdn. Bhd
Selain tu, camne ya nak save dan melabur dalam PRS ni?
Dia camni - korang boleh pilih untuk buat caruman kat satu atau lebih penyedia PRS. Sambil-sambil tu jugak, korang boleh labur lebih dari satu dana - pilih sendiri atau ikut umur. Dah duit sendiri, korang decide je lah.
Katakan korang nak pilih dana sendiri, better dapatkan pandangan dari penasihat PRS yang berlesen dulu. Tak nak lah, korang main redah je. Kang rugi, susah pulak hidup. Paling penting, korang tahu risiko dan jangka pulangan dana tu camne - kena kasi perhatian, ok?
Kalau pilih dana ikut umur…
… pelaburan korang akan jadi lebih mudah. Antara pilihan yang ada adalah dana pertumbuhan, sederhana dan konservatif.
Nak kasi senang paham, semakin konservatif dana tu, semakin kurang lah risiko pelaburan yang ada. Dia akan lebih fokus kepada nak pastikan korang dapat untung setiap bulan... secara konsisten.
Jenis Dana | Kumpulan Umur | Fokus Dana |
---|---|---|
Dana Pertumbuhan | Bawah 45 tahun | Kembangkan portfolio |
Dana Sederhana | 45 - 54 tahun | Besarkan portfolio sambil buat duit |
Dana Konservatif | Atas 55 tahun | Dapat duit secara konsisten |
Tambah lagi, siap boleh automatik kan pelaburan yang korang pilih - pengurus dana akan tolong update kan. Sebagai contoh, korang start caruman PRS pada umur 30 tahun.
Bila nak masuk umur 45 tahun, baru pengurus PRS tukar pelaburan korang dari dana pertumbuhan ke sederhana. Sama jugak bila korang nak masuk umur 55 tahun. Jangan risau - pengurus akan inform korang 1 bulan awal sebelum dia tukar jenis dana. Senang beb hidup kalau camtu!
Mesti korang pun curious, camne agaknya prestasi dana PRS ni? Boleh tengok table bawah ni pulangan tahunan dana PRS. Memang lain kalau nak banding dengan KWSP. Korang je lah kena pandai pilih dana!
So, mesti korang nak tahu camne start caruman PRS?
Steps dia senang je, tak tipu. Yuran diorang pun boleh tahan gak lah. Ni admin kasitau:
- Pilih penyedia PRS korang
- Pilih dana yang sesuai untuk korang
- Buka akaun PRS secara online
- Continue tambah dana korang dengan PRS Online
Korang pun kena tahu jugak senarai yuran dan caj yang ada bila carum PRS:
- Yuran bukak akaun: RM10 (bayar secara one-off)
- Yuran tahunan: RM8 (tak perlu bayar pada tahun pertama & bila takde buat caruman)
- Yuran pentadbiran: 0.04% - caj dari dana
- Yuran pemindahan: RM25 setiap transaksi (dibekukan for now)
- Yuran keluarkan duit before retire: RM25 setiap transaksi (dibekukan sama cam yuran pemindahan)
Kalau tengok balik, yuran jadi mahal bila korang nak transfer atau keluarkan dana tu je. Sebab tu, kena pikir betul-betul sebelum keluarkan duit. Tak nak lah ada yang keluarkan duit setiap tahun tanpa sebab kukuh (tujuan umum) - kena penalti cukai sebanyak 8% kot!
Apa je lagi beza antara PRS dengan KWSP?
PRS | KWSP | |
---|---|---|
Kelayakan | Rakyat Malaysia & Orang asing | Rakyat Malaysia & Orang asing |
Sumbangan | Sukarela | Rakyat Malaysia: Wajib, Orang asing: Sukarela |
Pilihan Dana | Pelabur boleh dana ikut selera risiko | Pelabur tak boleh pilih dana |
Bilangan Dana Sumbangan | Satu atau lebih | Satu |
Had Pembayaran | Jumlah minimum sumbangan lain-lain ikut penyedia | Minimum: RM50 Maksimum: RM60 ribu |
Dividen | Takde jaminan | Kadar minimum dijamin 2.5% |
Umur Pengeluaran | 55 tahun | 55 tahun |
Pengeluaran Pra-persaraan | Maksimum setahun sekali dari sub-akaun B (30%) | Dari akaun 2 |
Cukai | 8% untuk keluarkan duit before bersara | Takde |
Pelepasan Cukai | RM3 ribu | RM6 ribu (sekali dengan sumbangan mandatori) |
Risiko | Takde jaminan dapat dividen | Majikan tak bayar caruman |
Lagi satu, majikan boleh carum PRS sekali ke?
Boleh - takde masalah if majikan korang nak masukkan duit kepada akaun PRS pekerja. Lagi untung adalah sebab diorang siap dapat 19% potongan cukai lagi. Win win lah kan kalau camtu - dedua dapat something!
Cuba bayangkan, majikan korang dah memang wajib bagi 12% tuk caruman KWSP. Ni tambah lagi 7% tuk PRS. Memang masyuk lah!
Tak dapat nak nafikan yang lagi bagus korang carum KWSP ngan PRS ni sekali. Sekurang-kurangnya, takde lah risau duit pencen korang cepat habis. Mana tahu, duit korang boleh tahan lebih dari 15 tahun (asal jimat lah!). Keputusan di tangan korang.
Selamat buat keputusan.
BACA JUGAK: