Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Berapakah yang diperlukan untuk Membeli Rumah Mampu Milik

BY Team Loanstreet

Updated 27 Jul 2021




Anda mungkin mendapati sukar untuk percaya. Dari 4-5 tahun yang lalu (Tarikh bertulis: Feb 2014), ia  mungkin hanya memerlukan RM200,000 untuk memiliki sebuah unit kondominium yang berkualiti dan bersaiz baik di pusat bandar seperti KL / Petaling Jaya / Johor Baru / Penang.  Sebenarnya, ia merupakan sesuatu pekara biasa pada masa itu. Dari tahun 2010 hingga tahun 2012, kerajaan telah menganggap segala harga yang terjatuh dalam kurungan RM200,000 adalah harga yang ‘berpatutan’ bagi pembelian sesebuah rumah. Ini terbukti apabila mereka pertama kali melancarkan Skim Rumah Pertamaku untuk menampung pembiayaan rumah yang berharga sehingga RM220,000.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Walaubagaimanapun, menjelang akhir tahun 2012, ia telah menjadi semakin jelas bahawa rumah yang berharga ini telah memenjadi sesuatu yang jarang akan didapati di pasaran. Pembeli rumah yang pertama kali semakin mendapati bahawa kemampuan mereka tidak dapat setanding dengan harga rumah di pasaran. Setelah menyedari keadaan harga hartanah (rumah) yang berubah-ubah, kerajaan telah meningkatkan harga maksimum bagi rumah yang layak untuk SRP sehingga RM400,000.

Langkah ini telah mendapatkan ejekan dari kedua-dua spektrum atas sebab –sebab yang berbeza.  Bagi golonagan yang berpendapatan rendah, mereka mendapati bahawa ia amat melucukan kerana tag harga sebanyak RM400,000 untuk sebuah rumah  telah dianggap sebagai  harga ‘berpatutan’ , di mana harga tersebut  sebenarnya adalah di luar kemampuan mereka. Sebaliknya, kumpulan muda yang berusaha ke arah rumah pertama mereka telah mengejekan harga silimg sebanyak RM400,000 merupakan harga yang ‘ketinggalan zaman’.  Ini kerana mereka berpendapat bahawa harga bagi sebuah rumah yang mempunyai piawai yang boleh diterima telahpun ditetapkan melebihi RM400,000.

Usaha-usaha kerajaan yang cuba untuk menentukan harga ‘berpatutan’ menunjukkan bahawa usaha tersebut perlulah dinilaikan dengan keadaan peribadi kita. Tingkat harga yang mungkin menjadi ‘berpatutan’ kepada anda pada hari ini mungkin tidak akan memberikan taraf hidup yang sama berbanding dengan tingkat harga yang ‘berpatutan’ kepada anda pada 5 tahun yang lalu.

Tanpa mengira berapakah tingkat harga yang ‘berpatutan’ dengan anda, berapa banyak yang sebenarnya anda memerlukan untuk membeli sebuah rumah? Biar kita mengkaji ia dengan menggunakan rumah yang berharga daripada RM100,000 kepada RM600,000.

Kos Kemasukan Awal

Kos Kemasukan Awal

Pertamanya, kita mulakan daripada kos kemasukan awal bagi pembelian sebuah rumah. Jadual di atas menunjukkan pelbagai jenis pendahuluan tunai yang seseorang perlu membayar ketika membeli rumah dalam lingkungan harga yang diberikan. Terdapat bayaran muka yang sebanyak 10% daripada harga rumah, bersama dengan bayaran lain seperti Yuran Guaman dan Duti Setem yang mengikuti struktur yuran berjadual (Struktur yuran dapat dilihat di http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/kos-kemasukkan-membeli-hartanah).

Jika kos kemasukan di atas kelihatan tidak menggalakkan, jangan risau! Ada harapan lagi. Jika anda  merupakan seorang pembeli rumah yang pertama kali, terdapat skim dan kaedah tertentu yang boleh meringankan bebanan anda untuk menyimpan wang tunai yang mencukupi. Ini termasuklah:

1) 50% diskaun untuk duti setem dalam Perjanjian Jual Beli hartanah sehingga RM400,000

2) Skim Rumah Pertamaku, yang membolehkan anda untuk mengambil pinjaman 100% untuk membeli rumah atau hartanah yang berharga sehingga RM400,000, mengelakkan bayaran muka sebanyak 10%.

insentif untuk pembeli rumah pertama kali

Walaupun seseorang itu tidak layak untuk skim-skim di atas, masih terdapat skim KWSP yang membolehkan anda mengeluarkan wang daripada Akaun II KWSP anda untuk membayar bayaran muka  rumah tersebut.

Kelayakan Untuk Mendapatkan Pinjaman

Walaupun seseorang berkemampuan untuk menampung kos kemasukan awal dalam pembelian rumah, seseorang itu juga perlu layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan supaya proses pembelian ini boleh diteruskan. Terdapat dua kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk menilai sama ada sesebuah pinjaman perumahan mampu untuk dimiliki atau tidak.

Pertamanya, adakah pendapatan anda memenuhi tahap pendapatan minimum yang boleh diterima oleh sesebuah bank untuk memberikan pinjaman?  Kedua, jika anda layak untuk pinjaman tersebut, adakah anda mempunyai baki wang yang mencukupi selepas membayar ansuran bulanan anda?

Ia adalah tidak bijak untuk melibatkan diri ke dalam pembelian rumah jika jawapan anda di atas adalah "Tidak".

kelayakan mendapatkan pinjaman perumahan

Jadual di atas menunjukkan anggaran untuk tahap pendapatan minimum yang diperlukan oleh seseorang supaya layak untuk mendapatkan jumlah pinjaman seperti  yang diseneraikan di jadual atas. Ia juga menunjukkan anggaran untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar. Pengiraan ini telah tidak mengambil kira apa-apa komitmen lain yang anda mungkin ada!

Kesimpulan

Walaupun keadaan kewangan peribadi anda mungkin unik, tetapi kos yang berkaitan dengan pembelian rumah adalah ditetapkan mengikut harga. Cara terbaik untuk mengetahui berapa harga yang anda mampu atau harga yang berpatutan adalah membandingkan kewangan peribadi anda dengan kos yang diperlukan.

Akhir sekali, sama ada anda ialah seorang pembeli rumah kai pertama atau tidak, jangan lupa untuk menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan dan kepakaran daripada Loanstreet untuk membantu anda dalam pembelian rumah dan permohonan pinjaman perumahan.

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai