Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kos Bayaran Permulaan untuk Membeli Hartanah

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Apabila kita bercakap tentang membeli harta, kos pertama yang datang adalah pembayaran muka. Tetapi adakah hanya itu sahaja? Selain daripada pembayaran muka, terdapat kos-kos permulaan lain seperti yuran guaman, duti setem, yuran penilaian dan yuran ejen hartanah yang sama penting, tetapi biasanya diabaikan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Di sini, kami menjelaskan kepada anda kos yang mungkin perlu anda tanggung apabila membeli hartanah.

Cubakan  Kalkulator Pinjaman Perumahan kita untuk mengira kos bayaran permulaan anda! Di bawah kita akan menjelaskan kos bayaran permulaan dengan teliti.

1. Bayaran Muka

10% daripada jumlah harga belian atau perbezaan antara jumlah pinjaman dan harga belian

2. Kos yang berkaitan dengan Perjanjian S&P (Yuran Guaman + Duti Setem)

a. Yuran guaman

Harga Belian Kadar Bayaran
150,000 pertama 1.000% (palin kurang RM300)
850,000 seterusnya 0.700%
2,000,000 seterusnya 0.600%
2,000,000 seterusnya 0.500%
2,500,000 seterusnya 0.400%
Selebihnya 0.300%

b. Duti Setem

Harga Belian Kadar Bayaran
100,000 pertama 1.000%
400,000 seterusnya 2.000%
Selebihnya 3.000%

Nota: Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos pemilikan untuk pembeli rumah kali pertama, sehingga 31 Disember 2014, untuk pembeli rumah pertama kali, kos duti setem akan dikecualikan sebanyak 50% bagi duti setem surat janji permindahan dan surat pinjaman untuk pembelian harta kediaman bernilai RM400,000 ke bawah.

*Kemaskini: Kelayakan had baru untuk pengecualian duti setem yang sebanyak 50% adalah untuk hartanah RM500,000 dan ke bawah dan ini adalah selaras dengan Bajet 2015. Ini akan berkuatkuasa mulai pada 1 Januari 2015.

3. Kos yang berkaitan dengan Perjanjian Pinjaman (Yuran Guaman + Duti Setem)

a. Yuran Guaman

Peratus dan struktur yuran guaman untuk perjanjian pinjaman adalah sama dengan S&P, tetapi yuran guaman perjanjian pinjaman dikira berdasarkan jumlah pinjaman (bukan seperti S&P yang berdasarkan harga jualan rumah).

b. Duti Setem

Jumlah Pinjaman Kadar Bayaran

Apa Saja Nilai

0.500%

Nota: Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos pemilikan untuk pembeli rumah kali pertama, sehingga 31 Disember 2014, untuk pembeli rumah pertama kali, kos duti setem akan dikecualikan sebanyak 50% bagi duti setem surat janji permindahan dan surat pinjaman untuk pembelian harta kediaman bernilai RM400,000 ke bawah.

4. Yuran Penilaian

Nilaian Kadar
100,000 Pertama 0.250%
1,900,000 seterusnya 0.200%
5,000,000 seterusnya 0.167%
8,000,000 seterusnya 0.125%
35,000,000 seterusnya 0.100%

5. Yuran Ejen Hartanah (Biasanya dikenakan kepada penjual, tetapi juga boleh dikenakan kepada pembeli)

Harga Belian Kadar
Apa Saja Nilai 3.000%

*Kemaskini: Yuran ejen hartanah berbeza dari 2 - 3% tanpa mengambil kira harga hartanah. Dalam kebanyakan kes kos tersebut biasanya ditanggung oleh pemaju dan penjual.

 

Kesimpulan

Kesilapan yang sering dilakukan orang adalah memandang tinggi kemampuan mereka dalam membeli hartanah. Ini adalah disebabkan mereka tidak menyedari kos-kos kemasukan yang terlindung sebelum mereka membuat pembelian hartanah. Dalam kebanyakan kes, ia berlaku kerana kurangnya pengetahuan mereka mengenai kos-kos tambahan ini yang akhirnya menyebabkan kesulitan berlaku.

Jika anda sedang mempertimbangkan pembelian hartanah, Loanstreet mempunyai Kalkulator Pinjaman Perumahan yang membantu anda untuk menggambarkan bukan sahaja ansuran bulanan, tetapi juga Kos Bayaran Permulaan terlibat sebelum anda membeli apa-apa hartanah.

Sebaik sahaja anda telah menentukan kemampuan, jangan lupa untuk menggunakan alat Perbandingan Pinjaman perumahan kami untuk mencari pinjaman yang paling murah untuk keperluan anda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan