Oh…Camni Rupanya Renew Pasport Secara Online!

Updated 02 May 2023 – By Fadh Ahmad


Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini


Mesti ramai dah mula sibuk-sibuk nak travel sejak dah boleh rentas sempadan, kan? Admin tengok, KLIA pun dah mula meriah balik cam dulu-dulu.

Ni yang buat admin pun sama berkobar-kobar nak bawak family makan angin kat oversea sana. Pantai kat Krabi tu siap melambai-lambai lagi kat admin. 

Tapi, admin sentap kejap bila admin baru perasan yang pasport admin dah lama arwah sesejak PKP dulu.

Bau ombak pantai kat Krabi tu memang nyaman, tapi bau peluh orang ramai beratur kat Imigresen tu lagi hebat dari tu. Admin susah hati jugak bila kenangkan yang pasport mak ayah admin pun nak kena renew jugak. Camne agaknya nak bawak diorang beratur sepanjang hari dengan orang sesak gitu eh?
 

loanstreet-renew-pasport-malaysia-secara-online
Sumber Imej: utusan.com | Jenuh beratur panjang ambil pasport

Admin sejenis yang kiasu ni mulalah terfikir, takde ke cara nak renew pasport online eh? Hasil daripada carian admin, rupa-rupanya ada tau cara nak renew pasport secara online!

Ni cara dia.


Tapi sebelum tu, kena sediakan dokumen-dokumen ni sebelum nak renew pasport:

 
  • Sediakan kad debit, kad kredit ataupun no akaun bank untuk buat pembayaran secara online

  • Sediakan gambar secara online ikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.

  • Pastikan e-pasport (yang ada cip) dalam keadaan baik. 

  • Kad Pengenalan / sijil kelahiran (untuk anak)

  • Pasport yang lama 


Dah ada semua dokumen ni, barulah boleh ikut cara ni untuk renew pasport secara online:

 

loanstreet-renew-pasport-malaysia-secara-online



LANGKAH 1: Mula-mula, korang kena Log in portal MyIMMS eServices.

LANGKAH 2: pergi pada bahagian “MyOnline pasport” dan klik pada “Permohonan pasport/Application for the renewal of pasport”

LANGKAH 3: Pada halaman berikutnya, korang akan diberikan penerangan dan maklumat berkaitan:

  • Tempoh pengeluaran pasport
  • Spesifikasi foto pasport
  • Terma dan syakat
  • Jumlah bayaran


LANGKAH 4: Pilih cawangan kutipan pasport (COD tak disediakan ya.)

LANGKAH 5: Muat naik gambar.

LANGKAH 6: Lengkapkan bayaran sama ada dengan perbankan internet, kredit kad atau Touch ‘n Go e-wallet (wang tunai tak diterima). Ni dia kadar bayaran yang dikenakan untuk tempoh sah  5 tahun:

  • Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
  • Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100 (untuk dapatkan harga warga emas, pemohon perlu hadir ke kaunter)
  • Permohonan untuk ibadah Haji: RM100
  • Pemohon berkeperluan khas (OKU): Percuma


LANGKAH 7: Simpan resit sebagai bukti pembayaran dan jugak cawangan kutipan ( WAJIB bawak masa nak kutip nanti)​​​​

Kacang je, kan? Tapi, macam biasa…


Untuk elakkan sebarang masalah masa nak renew pasport, pastikan korang: 

 

1. Ikut spesifikasi foto yang dah ditetapkan

 

Kami dengar, banyak permohonan pembaharuan pasport yang kena tolak sebab tak ikut ketetapan imigresen yang agak ketat ya.

loanstreet-renew-pasport-malaysia-secara-online

Bagi nak elakkan korang sakit kepala, kami cadangkan korang ambik gambar dengan orang yang professional (studio gambar). Korang boleh jugak mintak softcopy untuk melancarkan proses upload gambar nanti.

Selain tu, pastikan korang pakai pakaian berwarna gelap yang menutup bahagian lengan dan dada. Elakkan dari guna warna yang terlebih fancy, kanta lekap yang bewarna atau aksesori kepala. Pastikan rambut korang tak tutup bahagian muka. Saiz gambar mestilah berukuran 50mmx35mm.
 

2. Hantar permohonan online sebelum pukul 3 petang

 

Tapi, kalau korang hantar permohonan sebelum pukul 3 petang, korang dah ambik pasport yang dah renew pada keesokan harinya (hari bekerja), selepas pukul 10 pagi di pejabat imigresen yang korang pilih. Kalau tak, korang kena tunggu 3 hari bekerja  kemudian untuk kutip pasport korang. 

PENTING: Kalau dah lepas tiga hari dari tarikh permohonan tu korang tak dapat emel apa-apa, besar kemungkinan permohonan korang dah ditolak. Korang kena hadirkan diri ke pejabat imigresen dengan resit sekali untuk selesaikan masalah.
 

3. Datang dan ambik sendiri pasport. 

 

Ya, korang kena ambik pasport sendiri. Pastikan korang semak semula tarikh kutipan, masa dan lokasi. Kami jugak sarankan untuk korang datang awal kat cawangan kutipan nanti sebab korang kena beratur untuk ambik nombor giliran yang tertakluk pada kekosongan slot. Bila slot penuh nanti, tak memasal korang semua kena balik pulak. Adoi…
 

loanstreet-renew-pasport-malaysia-secara-online

Jangan lupa bawak kad pengenalan, pasport lama dan resit sekali.


Hmm…tiba-tiba rasa cam lagi susah dari sebelum pandemik dulu. Tak boleh ke kalau nak walk-in je?

 

Mintak maaflah ye. Tak boleh. Pembaharuan pasport hanya boleh dilakukan dalam talian sahaja — bukan kami tau yang buat peraturan ni. Walk-in hanya diterima kalau korang termasuk dalam kategori ni:
 

  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Warganegara pergi haji (mesti bawa surat tawaran Tabung Haji)
  • Orang kurang upaya (mesti membawa kad pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Permohonan kali pertama
  • Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun
  • Individu yang kehilangan pasport mereka (akan memerlukan laporan polis)
  • Orang yang mempunyai pasport yang rosak
  • Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun dan belajar di luar negara (mesti membawa surat tawaran universiti/kolej luar negara atau dokumen yang serupa)

Jadi, korang dah bersedia nak menjelajah tak tu?

Akhir kata, selain pasport, adalah lebih baik kalau korang dapatkan insurans perjalanan sebelum korang terbang. Virus ni masih ada lagi ya dan korang pun mesti nak pastikan diri korang sekeluarga selamat!

So, apa pengalaman korang masa nak renew pasport ni? Kongsikan kisah korang kat ruangan komen FB kami. 

Selamat mencuba!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK: