Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Camne Korang Boleh Guna Duit KWSP Untuk Pinjaman Perumahan?

BY Team Loanstreet

Updated 12 Apr 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Kebanyakan antara kita, lepas dah kerja dalam beberapa tahun, ada la simpanan dalam jumlah sederhana dalam akaun KWSP.

Sesetengah dari kita tahu yang duit KWSP ni boleh digunakan untuk beli rumah ataupun bayar pinjaman.

Masalahnya sekarang, ada jugak tak tahu pasal ni. So, apa je yang korang boleh buat dengan duit KWSP ni? Ni dia benda yang korang boleh buat dengan duit KWSP:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Pengeluaran untuk beli atau bina rumah

Skim ni membolehkan korang untuk keluarkan duit dari akaun 2 KWSP untuk beli jenis-jenis rumah ni:

  • Banglo

  • Teres

  • Berkembar

  • Apartment

  • Kondominium

  • Apartment studio

  • Apartment servis

  • Townhouse

  • Small Office/Home Office (SOHO)

Selain tu, korang boleh jugak beli lot kedai dengan unit kediaman daripada pemaju, individu atau lelongan awam.

loanstreet-wang-epf-pinjaman-perumahan

Sumber: harianpost


Kalau korang nak buat permohonan, ni dokumen yang perlu korang sediakan:
  • Perjanjian Jual dan Beli (SPA)

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (melainkan rumah itu dibayar tunai)/Perjanjian Kemudahan Pinjaman 

Korang boleh pergi ke mana-mana pejabat/cawangan KWSP untuk serahkan Borang Pengeluaran 9C (AHL) (D5), dengan dokumen-dokumen sokongan, atau hantar melalui servis penghantaran /pos.

loanstreet-wang-epf-pinjaman-perumahan

Sumber: eCentral

Dalam kebanyakan kes, korang kena bayar dan selesaikan terlebih dulu kos pendahuluan ni sebelum buat permohonan pengeluaran:

  • Yuran Tempahan + Bayaran Muka bagi rumah tersebut.

  • Yuran Guaman dan Setem Duti bagi perjanjian jual beli (SPA)

  • Dapatkan sekurang-kurangnya surat kelulusan pinjaman perumahan


Had Pengeluaran

  • Duit dari Akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk bayar perbezaan harga, antara harga rumah SPA dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga tambahan 10% ke atas harga rumah. Jadi, kalau korang dapat pinjaman perumahan penuh (100%), maksimum yang korang boleh keluarkan adalah sehingga 10% daripada harga rumah

  • Sekiranya korang beli rumah tu dengan secara cash, korang boleh keluarkan sehingga 110% daripada harga rumah. 

  • Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah baki yang ada dalam Akaun 2 KWSP pemohon ( juga pemohon bersama yang berkenaan)


Kelayakan Pengeluaran

  • Kelayakan untuk membeli rumah pertama

  • Kelayakan untuk membeli rumah kedua (dengan syarat rumah pertama telah dijual atau pelupusan harta telah dibuat.)

Korang boleh KLIK SINI untuk dapatkan senarai penuh terma dan syarat, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
 

2. Pengeluaran kurangkan/tebus pinjaman perumahan.

Bagi yang nak kurangkan atau tebus baki pinjaman perumahan (dengan institusi kewangan yang diluluskan), korang bolehlah gunakan skim ni untuk keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP.

Skim ni korang boleh guna untuk pembelian individu, pembelian bersama atau pinjaman perumahan pasangan.
loanstreet-wang-epf-pinjaman-perumahan

Sumber: eCentral

Kepada yang nak memohon, ni dia dokumen yang korang kena sediakan:

  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan Terkini (tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan)

  • Semua Surat Penebusan Pinjaman (Yang mana pembiayaan semula pernah dibuat)

Dokumen-dokumen ni korang kena hantar sekali dengan Borang Pengeluaran 9C (AHL) (D8) kat mana-mana pejabat/cawangan KWSP. Korang boleh hantar sendiri ataupun guna pos.


3. Pengeluaran untuk bayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Skim ni sebenarnya skim tambahan kepada skim Pengeluaran kurangkan /tebus pinjaman perumahan. Korang boleh set arahan siap-siap untuk bayaran yang dikreditkan terus dari Akaun 2 kepada bank atau akaun bank korang.

Bila korang dah set camni, korang cuma boleh batalkan bayaan automatik ni 1 tahun selepas pengeluaran awal dengan isi Borang Permohonan Pembatalan Pengeluaran.

Untuk yang nak memohon, korang kena sediakan Penyata Baki Pinjaman Rumah Terkini (tidak melebihi satu bulan dari tarikh permohonan) mestilah diserahkan masa permohonan.

Korang boleh pergi ke mana-mana pejabat/cawangan KWSP untuk menghantar Borang Pengeluaran 9P (AHL) dengan dokumen-dokumen sokongan yang boleh didapati di laman sesawang KWSP.

 

4. Meningkatkan pendapatan bulanan dan kelayakan untuk nilai pinjaman yang lebih tinggi.

Skim ini berguna untuk korang mereka yang nak dapatkan nilai pinjaman yang lebih tinggi dari yang  sepatutnya korang dapat/layak.

Korang boleh memohon kepada KWSP untuk ambil sejumlah duit dari Akaun 2 untuk dimasukkan ke dalam “Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel” khas.

Caruman bulanan ke akaun ni dianggap sebagai pendapatan, sekaligus membolehkan korang untuk dapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi bagi pembelian / pembinaan rumah.

Sama jugak kalau korang nak setkan jumlah tetap yang akan dipindahkan dari Akaun 2 setiap bulan, korang juga boleh mohon untuk dapatkan pemindahan duit sekaligus daripada simpanan dalam Akaun 2.


Apa jadi kat duit yang ada dalam akaun pengeluaran perumahan fleksibel ni? 

Duit dalam akaun ni masih kepunyaan pelanggan KWSP, dan tak akan diserahkan kepada bank. Disebabkan masih ada lagi duit kat dalam akaun, pelanggan masih dapat jugak dividen dari KWSP.

Masalahnya, duit yang ada tak boleh dikeluarkan sampailah pelanggan cukup syarat tertentu yang dah ditetapkan.

Salah satu syarat yang korang kena ikut, kebenaran dan kelulusan bank untuk "cairkan" duit. Biasanya, bank akan bersetuju bila "pendapatan sebenar" individu yang dah dicampurkan sekali dengan jumlah yang ditambah dengan amaun yang dipindahkan daripada Akaun 2 setiap bulan.

 

Camne nak mohon?

  1. Maklumkan kepada institusi kewangan untuk buat permohonan Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel. 

  2. Dapatkan pengesahan daripada institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman.

  3. Kemukakan permohonan melalui institusi kewangan.

  4. Pengeluaran Perumahan Fleksibel mesti digunakan bersama-sama dengan:

  • Pengeluaran untuk membeli / membina rumah ATAU

  • Pengeluaran untuk mengurangkan / menebus pinjaman rumah.

  1. KLIK SINI untuk dapatkan senarai penuh terma dan syarat, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan