Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

"Elak buat bayaran tambahan untuk nak settlekan pinjaman peribadi". Kenapa pulak?

BY Team Loanstreet

Updated 18 Jun 2021




Buat pinjaman peribadi ni perkara biasa terutamanya kalau korang nak sambung belajar, ubahsuai rumah, berkahwin dan macam-macam lagi lah. Tapi isunya kat sini, macam mana korang nak bayar balik bulan-bulan pinjaman tersebut tanpa sesakkan kewangan dan jejaskan gaya hidup korang.

Kat sini admin kongsikan cara-cara nak bayar semula pinjaman:
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Kurangkan kos perbelanjaan korang dengan berjimat cermat


Nampak klise, kan? Tapi berjimat cermat adalah perkara paling asas kalau korang nak settlekan hutang. Dengan kurangkan kos sara hidup, sudah tentulah korang akan ada duit lebih. Duit lebih tersebut korang boleh guna untuk membuat bayaran lebih bagi ansuran bulan pinjaman korang. Tak pun, kalau berlakunya kecemasan kat diri korang atau keluarga, korang ada back up. 

Simpanan yang korang dapat buat untuk bulan tu korang boleh gunakan untuk buat bayaran lebih kat pinjaman peribadi. Kalau konsisten tabiat ni, tempoh pembayaran semula pinjaman peribadi tu akan jadi lebih cepat lah. 

“Admin, kos apa yang perlu dikurangkan?”



Okay, korang boleh start dengan beli barang yang lagi murah. Contohnya, kalau sebelum ni korang buat groceries shopping dekat Village Grocer atau dekat Tesco, kali ni tukar lah dekat pasaraya NSK pulak. Jangan tak tau lah, golongan have-have pun groceries shopping kat NSK kot. Tapi kan, berapa beza harga barang korang boleh dapat sebenarnya? Senang je, korang download je app Hargapedia, kat situ dia dah compare harga barang runcit dekat Malaysia.

Lagi satu, guna kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup korang. Cakap pasal gaya hidup ni, korang bolehlah perlahan-lahan kurangkan bajet hiburan, contohnya, dulu tengok wayang 3 kali sebulan, sekarang kurangkan 1 je sebulan.
 

Perbandingan Dengan Gaya Hidup Perbelanjaan Antara “Perbelanjaan yang Biasa”  dan “Perbelanjaan Berjimat Cermat”
 

Perkara Perbelanjaan yang Biasa (Sebulan) Perbelanjaan Berjimat Cermat
Makanan

RM330

(RM5.50 setiap hidangan, 2 kali sehari di restoran)

RM200

(Konsep masak sendiri. Seminggu cuma belanja RM50 untuk groceries)

Sewa & Bil Utiliti

RM550

(Bilik master)

RM300

(Bilik kecil)

Pengangkutan

RM300

(memandu) *Kos anggaran kepada petrol je, tak termasuk penyelenggaraan kereta dan ansuran bulanan

RM100

(Pengangkutan awam- menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My100)

Hiburan RM200 RM100
Rokok

RM136

(RM17 sekotak, 8 kotak sebulan)

RM68

(4 kotak sebulan) *kalau nak jimat lagi, berhenti merokok terus, kesihatan pun tak terjejas.

Bil Telefon (Pelan Internet)

RM80

(Pelan Postpaid Internet yang mempunyai coverage yang luas)

RM50

(beralih kepada pelan prepaid Internet)

Perbelanjaan Lain RM100 -
Jumlah Keseluruhan RM1,696.00 RM868.00
Perbezaan Penjimatan RM828.00

Jadual kat atas tu dah jelas tunjukkan yang korang boleh jimat RM828.00 kalau korang mulakan tabiat mengurangkan perbelanjaan ni. Duit yang korang berjaya jimat tu dapat digunakan untuk buat pembayaran balik dan dapat jelaskan pinjaman peribadi orang dengan lebih cepat dari tempoh pembayaran yang sepatutnya. 

Masih belum terlambat untuk korang mula kurangkan kos perbelanjaan, yang penting sanggup atau tak je.


2. Setkan bajet bulanan dan catat perbelanjaan korang tu


Bila dah ada pinjaman peribadi ni, korang wajib buat bajet bulanan dan rekod perbelanjaan bulanan korang berdasarkan bajet tersebut. Kat sini, apa yang admin maksudkan adalah korang kena ada perancangan sebelum buat apa-apa keputusan. 

Nak senang, korang setkan je bajet dan rekod perbelanjaan korang tu dalam smartphone. Admin cadangkan korang guna app yang boleh bantu korang urus kewangan, contohnya macam Toshl, dan Spendee 


*Contoh penggunaan app Toshl


*Contoh penggunaan app Spendee

Dengan app kewangan ni, korang dapat lihat dengan lebih jelas ‘track’ perbelanjaan yang korang buat untuk bulan tersebut. Bila korang dah tau apa yang korang belanjakan untuk bulan ni, jadikan ia sebagai rujukan dan korang boleh lah kurangkan untuk bulan-bulan yang seterusnya. 

Mungkin nampak remeh dan tak dinafikan leceh, tapi melalui rekod perbelanjaan ni lah korang dapat setkan bajet untuk benda yang betul-betul penting. Contohnya, bajet untuk insurans kereta, insurans perubatan, cukai taksiran harta dan lain-lain.

3. Elakkan dari membuat bayaran tambahan untuk nak settlekan pinjaman


Selalunya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi akan tawarkan kaedah faedah rata, maksudnya korang akan bayar faedah ke atas semua baki pinjaman, sepanjang tempoh pinjaman korang. 

Kesilapan yang selalu terjadi bila korang anggap dengan buat bayaran tambahan setiap bulan atau memendekkan tempoh bayaran balik akan mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar. Ini tak betul sama sekali.

Maksudnya kat sini, kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman korang, bukannya berdasarkan baki pinjaman yang perlu dibayar. Kalau korang nak faham pasal faedah bagi pinjaman peribadi boleh rujuk jugak Peraturan 78 ni. 

Tak salah kalau nak buat pembayaran lebih tapi korang kena tau apa manfaat yang korang akan dapat dari keputusan tersebut. Kat sini admin kongsikan Kalkulator Langsai Pinjaman Kereta & Peribadi untuk korang kira berapa banyak rebat yang korang akan nikmati sekiranya korang ada wang yang cukup untuk menjelaskan pinjaman peribadi secara lump sum.

Pengiraan kadar faedah/deposit tetap ni bukanlah sesuatu benda yang mudah untuk buat. Sebab tu lah korang kena guna kalkulator ni untuk memudahkan korang tau berapa jimat korang boleh dapat dengan buat penyelesaian penuh.


Kenalah berubah kalau tak nak terbeban dengan hutang

Admin percaya sesiapa saja mampu menjelaskan hutang sekiranya diorang bersedia untuk ubah cara menguruskan wang. Yang penting korang kena faham dulu pinjaman yang dibuat tu sebelum buat mengatur langkah untuk menjelaskannya. 

Jangan lupa share artikel dengan kawan-kawan supaya dorang pun tahu macam mana nak langsaikan hutang pinjaman peribadi tanpa menjejaskan perbelanjaan bulanan diorang. Kalau korang ada tip-tip lain, boleh kongsikan dengan kami jugak di ruang komen Facebook kami.

Baca Ni Pulak: 4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta