Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa Beza Kad Kredit, Kad Caj dan Kad Debit?

BY Team Loanstreet

Updated 20 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang dulu pernah tak tak sedar yang korang tak cukup duit cash time makan kat luar ke, shopping ke. Mesti buat muka tebal je kan depan cashier time tu? Nasib baiklah zaman sekarang ni kita ada pilihan untuk samada nak gunakan kad caj / debit / kredit.

 

Tapi, apa perbezaan ketiga-tiga kad ni sebenarnya? Jom kita baca dengan lebih lanjut kat bawah: 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Kad Kredit, Kad Debit, Kad Caj- Apa bezaannya?

 
Aspek Kad Kredit Kad Debit Kad Caj
Kaedah Pembayaran Korang boleh pilih samada untuk buat bayaran minimum (5% daripada baki atau RM50, mana-mana yang lebih tinggi) dan bawa baki ke bulan berikutnya. Akses duit terus dari akaun semasa/simpanan. Perlu dibayar penuh dalam masa 15 hingga 30 hari dari tarikh bil.
Had Kredit Ikut had kredit yang ditetapkan. Ikut baki yang ada dalam bank. Sangat tinggi berbanding kad kredit.
Faedah 9%-18% p.a. ke atas jumlah baki yang dibawa ke bulan berikutnya. Tiada Tiada
Penalti Kad akan dibekukan bila lebih had kredit atau bila tak buat bayaran pada tarikh yang ditetapkan Tiada Kad dibekukan jika bil tidak dibayar pada tarikh ditetapkan.
Cukai Perkhidmatan RM50/tahun untuk semua kad kredit utama, RM25/tahun untuk kad tambahan. Tiada Tiada
Skor Kredit Skor akan naik kalau buat bayaran tepat pada waktu Tiada Boleh menjejaskan skor secara tidak langsung berdasarkan rekod pembayaran.
Faedah Lain Ada faedah dan ganjaran tambahan (hadiah, pulangan tunai, atau diskaun untuk produk, perkhidmatan, dan acara khas) Sama macam kad kredit Faedah seperti ganjaran perjalanan, perkhidmatan concierge, dan akses acara eksklusif.

Cadangan Loanstreet

 
  1. Dapatkan sekurang-kurangya satu kad kreit untuk membina sejarah kredit. Tanpa sejarah kredit, korang akan susah untuk mendapatkan pinjaman yang besar (contohnya pinjaman rumah) dari bank.

  2. Bagi korang yang mempunyai masalah boros. Kad debit adalah pilihan yang lebih selamat bagi korang.

  3. Kad plastic boleh menjadi penyelamat kepada kehidupan pada masa-masa kecemasan dimana wang tunai tidak mencukupi.


Pilih yang sesuai dengan korang

 

Kalau korang tak pernah ada kad, kami sarankan korang dapatkan walaupun satu kad untuk mudahkan urusan perbelanjaan korang sekaligus korang boleh grab banyak faedah dan ganjaran lain. Tapi ingat, bila dah ada kad-kad ni, korang jangan boros berbelanja pulak.

 

Dan sentiasa ingat, pilih jenis kad yag sesuai dengan gaya hidup korang. Belajar bagaimana mendapatkan kad kredit yang tepat di sini.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

 

 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta