Mikro Kredit adalah penawaran pinjaman yang sangat kecil (pinjaman mikro) kepada golongan miskin yang biasanya kekurangan cagaran, pekerjaan yang stabil dan sejarah kredit yang sah. Ia adalah direka bagi membolehkan orang miskin untuk memulakan perniagaan kecil (perusahaan mikro). Konsep ini adalah diasaskan di Bangladesh pada tahun 1983 melalui penubuhan Bank Grameen.
Dengan pengenalan Mikro Kredit, golongan miskin kini lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman kerana skim ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin.Selain itu, Mikro Kredit juga mempunyai syarat pendapatan yang lebih longgar, malah dalam beberapa kes, ia adalah tidak memerlukan sebarang bukti pendapatan.
Mikro Kredit / Pembiayaan Mikro
Di Malaysia, mikro kredit membawa maksud yang sama dengan ‘pembiayaan mikro’ kerana produk pembiayaan mikro di Malaysia pada masa ini hanya merangkumi pinjaman mikro dan tidak mempunyai produk pembiayaan mikro yang lain (Cth. Mikro Insurans).
Di Malaysia, institusi pertama yang menawarkan kemudahan Mikro Kredit adalah Amanah Ikthiar Malaysia (AIM), yang ditubuhkan pada tahun 1988 untuk memberikan pinjaman khususnya kepada golongan miskin bagi membantu mereka untuk menubuhkan perusahaan mikro. Selepas itu, Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) turut ditubuhkan pada tahun 1988 dan 1998 untuk menawarkan kemudahan Mikro Kredit.
Perusahaan mikro adalah sangat penting dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Oleh itu, bermula dari tahun 2006, kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Bank Negara bagi menggalakkan lebih banyak institusi kewangan dalam penawaran produk mikro kredit. Kini, terdapat tujuh bank perdagangan dan tiga bank pembangunan yang menyediakan kemudahan Mikro Kredit.
Di manakah untuk Memohon Mikro Kredit
Di Malaysia, terdapat beberapa bank yang mempunyai kemudahan Mikro Kredit (ditulis pada Mar 2014). Antara bank-bank tersebut ialah:
(a) Bank Perdagangan
- Alliance Bank
- AmBank
- CIMB Bank
- Public Bank
- Maybank
- United Overseas Bank
- Bank Muamalat
(b) Bank Pembangunan
- Agrobank
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
Seseorang pemohon boleh pergi ke cawangan bank (bank yang disenaraikan di atas) tertentu untuk memohon pinjaman mikro. Cawangan bank yang mempunyai kemudahan Mikro Kredit akan mempamerkan Logo Pembiayaan Mikro Kebangsaan dalam premis tersebut.
Pengiraan Kadar Faedah
Berbeza dengan pinjaman rumah yang menggunakan kaedah baki berkurangan, pinjaman Mikro di Malaysia adalah menggunakan kadar faedah rata dalam pengiraan faedah pinjaman. Kaedah ini adalah lebih mudah berbanding dengan kaedah baki berkurangan:
Jumlah Faedah = Jumlah Prinsipal x Kadar Faedah setahun x Bilangan Tahun
Perbezaan antara Pinjaman Mikro dan Pinjaman Peribadi
Pinjaman Mikro mempunyai beberapa persamaan dengan pinjaman peribadi. Antaranya ialah tidak memerlukan sebarang cagaran dan penjamin ketika memohon pinjaman, kelulusan segera, dan kedua-dua pinjaman ini adalah menggunakan kadar faedah rata. Namun, terdapat juga beberapa perbezaan utama bagi kedua-dua pinjaman ini:
Pinjaman Mikro / Mikro Kredit | Pinjaman Peribadi | |
---|---|---|
Saiz Pinjaman |
|
|
Tempoh Pinjaman |
|
|
Syarat atau Kelayakkan |
I. Mesti mempunyai lesen perniagaan/permit yang sah II. Mesti dikendalikan oleh pemilik dan dijalankan dalam asas penuh masa. III. Perniagaan mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan – 2 tahun |
|
Sector Ekonomi yang berkelayakan |
|
|
Jenis Pemohon |
I. Hasil tidak melebihi RM300,000 OR Pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang. |
|
Tujuan Pinjaman |
|
|
Kebaikan Mikro Kredit
- Syarat kelayakan yang longgar (Cth: pemohonan untuk Maybank Mikro hanya memerlukan lesen perniagaan yang sah dan tidak menetapkan sebarang syarat pendapatan terhadap peminjam)
- Secara amnya, cagaran dan penjamin adalah tidak diperlukan
- Kelulusan pinjaman pada masa yang singkat dan pengeluaran pinjaman adalah antara 1 hingga 10 hari bekerja
- Dokumentasi yang minimum: Kad Pengenalan, bukti pendapatan (Cth: slip bayaran dan penyata bank), bil utiliti dan borang pendaftaran perniagaan / lesen / permit
Kelemahan Mikro Kredit
- Saiz pinjaman yang kecil
- Tempoh pinjaman yang pendek
- Menggunakan kadar faedah rata
- Kadar faedah biasanya lebih tinggi berbanding dengan pakej pinjaman yang lain
Kesimpulan
Ciri yang paling unik bagi mikro kredit ialah ia mempunyai syarat kelayakkan yang lebih longgar. Namun, sebagai ‘kesan sampingan’ bagi kebaikan ini, mikro kredit biasanya akan mempunyai kadar faedah yang tinggi dan tempoh pinjaman yang pendek.
Jika anda sedang mencari pakej pinjaman untuk membiayai perniagaan kecil, anda boleh mempertimbangkan pinjaman mikro atau pinjaman peribadi. Menggunakan alat perbandingan pinjaman peribadi untuk membantu anda dalam pencarian produk yang selaras dengan keperluan anda.