Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menyewakan Hartanah Anda

BY Team Loanstreet

Updated 09 Dec 2019




Dengan perlaksanaan langkah meredakan kehangatan pasaran hartanah, kenaikan dalam pasaran sewaan hartanah bukanlah satu kejutan. Untuk pihak yang baru berjinak dengan pasaran sewaan, adalah penting untuk mengetahui dan memahami asas sebelum menceburkan diri.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kita akan membincangkan beberapa poin penting dibawah.

1. Harga Pasaran Sewaan

Harga bagi pasaran sewa sentiasa berubah, anda perlu memiliki satu harga sebagai penanda aras harga. Tetapi bagaimana anda untuk mengetahui harga pasaran yang sesuai. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan sebagai penanda aras.

Agensi Hartanah

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah cara yang paling mudah dan paling baik. Penilaian adalah percuma dan harga pasaran adalah berdasarkan koleksi data dan pengalaman.

Portal Laman Web

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan platform untuk pengguna menjual/ menyewa hartanah mereka. Anda akan dapat menjangka jumlah sewaan yang anda dapat kenakan berdasarkan nilai yang ditunjukkan oleh pemilik/agen lain.

Penilaian Peribadi

Anda juga boleh melawat kawasan sekeliling dan mengumpulkan sebanyak mungkin data . Ia mungkin akan sedikit berbeza tetapi boleh dijadikan sebagai anggaran kasar.

2. Penyesuaian

Sekarang anda telah memiliki harga anggaran , adalah masanya untuk menyesuaikan harga dengan unit anda. Harga adalah berdasarkan fasiliti yang disediakan oleh unit anda.

Item yang akan menaikkan nilai pasaran:

  • Kemudahan bilik air dan dapur
  • Baru dicat / dinding yang bersih
  • Perabot dapur disediakan (Ketuhar gelombang Mikro disediakan)
  • Jumlah unit tempat letak kereta
  • Pintu masuk berbeza / individu
  • Keselamatan (Berpengawal, komuniti)
  • Lengkap berperabot / Separa berperabot / Kosong
  • Wi-Fi
  • Pemandangan (Bagi Apartment /Kondominium)
  • Kemudahan (Kolam renang, gimnasium)

Dengan perkara ini sebagai peringatan, anda boleh menjangka harga pasaran yang sesuai.

3. Kos Perbelanjaan Penyewaan

Terdapat pelbagai kos yang terlibat dalam pasaran penyewaan. Sebahagian akan ditanggung oleh penyewa dana sebahagian lagi akan ditanggung oleh pemilik. Penyewa akan membayar kos perundangan dan dan duti setem manakala pemilik pula akan membayar kos agen dan komisyen.

Walaubagaimanapun, ini adalah kos sekali sahaja.

Dalam tempoh panjang, pemilik akan menanggung kos seperti penyelenggaraan tahunan , dimana termasuk kos pentadbiran, perundangan dan akaun, insurans, cukai, utiliti, ansuran bulanan , penilaian dan cukai pintu.

Pendapatan dari sewaan juga tertakluk kepada kadar cukai rata 26% . adalah perlu untuk mengetahui bahawa sebahagian kos adalah mendapat pengecualian cukai manakala sebahagian lagi tidak. Semua faktor ini perlu diambil kira sebelum memuktamadkan harga.

4. Aliran Tunai Dari Penyewaan.

Matlamat utama dari pelaburan hartanah yang berjaya adalah aliran tunai yang positif. Selain itu adalah pemilikan hartanah dan pelaburan.

Bagaimana kita mengira aliran tunai?

Pendapatan sewaan – Kekosongan dan kehilangan kredit– Perbelanjaan – Ansuran Pinjaman = Aliran Tunai

Contoh:

1. Pendapatan sewaan tahunan: RM1800/Bulan x 12 = RM21, 600

2. Kekosongan dan kehilangan kredit: 5% (Anggaran) Pendapatan sewaan tahunan = RM1, 080

3. Perbelanjaan penyelenggaraan tahunan: RM 6, 000

4. Ansuran bulanan: RM 1, 100/bulan x 12 = RM RM13, 200

RM 21, 600 – RM 1, 080 – RM 6, 000 – RM 13, 200 = RM 1, 320 Aliran tunai positif

Selagi hasil pelaburan menghasilkan aliran tunai positif, anda telah melakukan dengan baik

Pulangan Sewaan

Pulangan sewaan memberi pelabur idea yang jelas tentang jangkaan pulangan pelaburan yang akan membantu mereka membuat keputusan pelaburan

Dari contoh aliran tunai diatas

Nilai Pasaran Hartanah: RM 500,000

-Pulangan Sewaan Kasar: (Pendapatan sewaan tahunan – Kekosongan dan kehilangan kredit)/Nilai Pasaran

                  (RM 21,600 – RM 1, 080) / RM 500,000 dalam % = 4.1%

- Pulangan Sewaan Bersih:(  Pendapatan sewaan tahunan – Kekosongan dan kehilangan kredit - perbelanjaan)/ Nilai Pasaran

                  (RM21, 600 – RM 1, 080 – RM 6, 000) / RM 500, 000 dalam % = 2.9%

-Pulangan Sewaan Tunai: (Pendapatan sewaan tahunan – Kekosongan dan kehilangan kredit – perbelanjaan – ansuran bulanan)/nilai pasaran

                  (RM21, 600 – RM 1, 080 – RM 6, 000 – RM 13, 200) / RM 500, 000 dalam % = 0.264%  

5. Risiko

Sekarang kita akan berfikir tentang risiko. Sebagaimana pelaburan lain, terdapat risiko yang perlu dihadapi. Mari kita melihat bebrapa risiko yang biasa dihadapi.

Kekosongan

Bagi setiap bulan yang anda tidak memiliki penyewa, anda kehilangan tunai kepada ansuran bulanan dan penyelengaraan.

Penyewa

Penyewa melakukan kerosakan dan tidak mebayar ganti rugi akan meyebabkan kerugian.

Aliran tunai negatif

Apabila sewaan tidak dapat menampung kos . walaupun tidak ada kekal sebagai tiada risiko, anda boleh merendahkan risiko dengan melakukan semakan sendiri dan peyelidikan.

Kesimpulan

Pasaran penyewaan mungkin tidak sekompetitif di negara lain. Anda mungkin sukar untuk mendapatkan aliran tunai positif dengan harga rumah mampu milik naik mendadak. Dengan kenaikan harga rumah , kenaikan harga sewaan adalah dijangkakan. Sekiranya anda bercadang untuk memiliki hartanah untuk deswakan, jangan lupa untuk menggunakan kalkulator pinjaman perumahan kami untuk mendapatkan gambaran terhadap ansuran bulanan dan kos permulaan yang terlibat. Dengan penyelidikan dan pengurusan kewangan, pasaran sewaan mungkin berada dipihak anda

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)