Malaysia- Pengeksport atau pengimport minyak bersih?
Sektor minyak dan gas masih memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia, walaupun sumbangannya telah berkurang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sektor ini masih dapat menyumbang kira-kira 5-8% KDNK negara kita.
Memanglah kita lebih banyak import minyak mentah daripada eksport, tapi, Malaysia masih antara pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia. Jadi, walaupun kita tak lagi jadi pengeksport minyak mentah bersih, sektor gas ni tetap jadi sumber pendapatan yang besar untuk negara.
Sumber imej: Statista
Kenapa Minyak dan Gas penting untuk Ekonomi Malaysia?
Walaupun sektor minyak dan gas tak menyumbang sebanyak dulu kepada ekonomi, ia masih penting. Pada 2024, walaupun sumbangan sektor ni mungkin dah berkurang, ia masih bawa hasil yang besar untuk kerajaan.
Jadi, dengan harga minyak yang jatuh, kerajaan mungkin perlu buat beberapa penyesuaian dalam belanjawan mereka, terutama dalam sektor yang bergantung kepada hasil minyak.
Kesan terhadap Ekonomi
Yaa, penurunan harga minyak boleh buat sektor minyak dan gas merosot, dan berpotensi akan beri kesan negatif kepada ekonomi kita. Tapi jangan risau, kesan ni mungkin tak dirasai dalam jangka pendek ni. Sektor minyak dan gas masih boleh tanggung kerugian dalam jangka masa ni, tapi mereka perlu bersedia untuk tanggung kerugian pada masa akan datang.
Kesan kepada pendapatan kerajaan
Apabila harga minyak jatuh, pendapatan kerajaan juga akan terjejas sedikit. Ini kerana kerajaan kita mengenakan cukai kepada syarikat minyak. Tapi, ada beberapa sebab mengapa kesan ini tidak terlalu teruk.
-
Harga Gas Asli Cecair (LNG): Harga LNG tidak jatuh dengan banyak macam harga minyak mentah. Jadi, kerajaan masih boleh dapat hasil dari penjualan LNG.
-
Kekuatan USD: Jualan minyak dan gas Malaysia akan terjejas sedikit, tetapi ada juga keuntungan dari pengukuhan nilai USD berbanding Ringgit. Ini dapat membantu kita imbangkan kerugian.
-
Penghapusan Subsidi: Kerajaan dah hapuskan subsidi bahan api, yang akhirnya menjimatkan kita sekitar RM 21 bilion (satu pertiga daripada pendapatan mereka dari minyak)
Kesan kepada Imbangan Dagangan Malaysia
Satu benda penting untuk korang fahamkan, negara tak sama dengan kerajaan. Walaupun pendapatan kerajaan terjejas, sebagai pengimport bersih minyak, imbangan perdagangan Malaysia masih boleh meningkat bila harga minyak rendah.
Cuba fahamkan, cukai dan duti atas pengeluaran minyak serta dividen dari Petronas adalah pendapatan utama kerajaan. Walau minyak dijual dalam negara atau dieksport, kerajaan dapat duit yang lebih kurang sama.
Malaysia sekarang adalah pengimport bersih minyak mentah. Kita beli lebih daripada kita jual! Jadi, sebagai negara, kita boleh jimat lebih banyak bila harga minyak mentah rendah.
Sebagai pengeksport bersih gas, imbangan perdagangan kita sepatutnya masih ok selagi harga gas asli cecair tak jatuh teruk.
Kesan kepada pengguna
Bila harga minyak jatuh, ada peluang untuk kita berjimat. Ini kerana kos petrol yang lebih rendah bermakna kita boleh jimat banyak bila isi tangki kereta. Kesannya, duit yang sepatutnya digunakan untuk petrol tu kita boleh gunakan kat tempat lain- shopping, makan-makan.
Tapi, walaupun harga minyak jatuh, tak semestinya harga barang keperluan harian pun ikut turun sekali tau! Ada peniaga yang mungkin tak nka turunkan harga barang walaupun kos pengangkutan mereka dah berkurang. Jadi, macam mana pun, korang kenalah pandai uruskan perbelanjaan dan berjimat cermat. barang
Jadi, apa kesannya pada korang?
Penurunan harga minyak ni boleh bawa banyak kesan dalam hidup kita. Jadi, korang janganlah leka dan sentiasa peka dengan situasi dan ambil peluang yang ada.
Dengan cara ni, korang boleh jadi lebih bijak dalam uruskan kewangan dan manfaatkan peluang yang datang!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: