Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kejatuhan Ringgit: Adakah Anda Pemenang Atau Mangsa?

BY Team Loanstreet

Updated 18 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
Artikel ini asalnya ditulis oleh “Team Loanstreet”. Isi dan maklumat yang terdapat dalam art ikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Isu pasal kejatuhan nilai ringgit ni makin panas didebatkan. Tambah lagi bila nilai mata wang kita dah jatuh habis pada Februari 2024 lalu kepada RM4.795 untuk setiap dollar AS. Rakyat Malaysia dah mula cuak sebab nilai ringgit sekarang dah hampir sama dengan time krisis kewangan Asia tahun 1998 dulu. Ada yang kata tak mustahil untuk nilai matawang kita boleh menjejah RM 5 untuk satu dollar Amerika menjelang hujung tahun ni. 

Tak dinafikan ada banyak sebab musabab yang mempengaruhi keadaan sekarang. Tapi boleh dikatakan kejatuhan nilai matawang sekarang ni disebabkan peperangan antara Israel-Hamas. 

Apakah maksud sebenar situasi ini? Lebih penting lagi, siapa yang paling terkesan dalam situation ni?













 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1. Ahli Perniagaan Tempatan


 

Kelemahan nilai Ringgit memberikan kesan yang besar kepada peniaga-peniaga local kita; terutamanya bagi peniaga yang involved dalam pertukaran antarabangsa. Walaupun rakan dari luar negara dapat jimat banyak mata wang mereka, yang menjadi masalahnya ialah peniaga tempatan yang nak maintain harga yang dah ditetapkan.
 

Sebagai contoh, pengeksport kayu Malaysia menjual RM100 sekilo kepada Amerika Syarikat,
 

Tahun Harga dolar kayu (U$) Nilai RM per 1U$
2014 28.74 3.48
2024 20.88 4.79


Pengeksport kita ada pilihan sama ada untuk tingkatkan margin keuntungan ataupun kurangkan harga dalam mata wang asing. Kalau mereka meningkatkan harga asing pada U$ 28.78 pada tahun 2024 (atau meningkat kepada RM137.66), dapatlah peniaga tingkatkan margin keuntungan mereka. Tapi kalau nak ikut harga pasaran dunia, peniaga kenalah jual dengan unit yang banyak untuk dapatkan untung.

Walaupun ada sesetengah peniaga yang ambil bahan mentah dari supplier tempatan, ada juga bahan mentah yang mereka terpaksa import seperti barangan elektronik dan sebagainya. Bagi mereka,susut nilai Ringgit bermaksud kos bahan mentah naik. Akhirnya, pengimport elektronik kena bayar lebih untuk beli bahan  bekalan mereka, justeru menyebabkan margin keuntunganya lebih rendah. 

Jadi secara amnya kontrak industri elektronik dan elektrik kita menggunakan denominasi dolar AS, jadi kesan turun naik kadar pertukaran tidak begitu ketara. Sebaliknya, industri berasaskan sumber seperti pengeluaran dan eksport minyak sawit menghadapi impak yang lebih besar.

Bila fikir pasal kesan kadar pertukaran kat penduduk tempatan, kena tengok betul-betul sejauh mana impaknya dan kenapa lemahnya nilai tak semestinya bawa untung yang lebih besar.
 

2. Pelabur Pasaran Asing





Bagi pelabur Malaysia yang melabur di seluruh dunia, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia mendatangkan manfaat kepada korang sekarang! Kenapa? Disebabkan oleh kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, mata wang asing lebih bernilai sekarang. Pelaburan dalam pasaran saham luar negara di Amerika, Singapura dan Hong Kong membolehkan pulangan dalam mata wang asing yang lebih kukuh berbanding Ringgit Malaysia.

Tapi, korang jangan risau. Korang still boleh guna duit korang untuk melabur dalam pasaran saham. Oleh sebab penurunan harga minyak mentah baru-baru ini, pasaran saham Malaysia tengah menghadapi kesan yang kuat terutamanya dalam industri petrol dan minyak. Disebabkan Malaysia banyak bergantung kepada stok minyak, jadi pegang beberapa saham dalam industri minyak mungkin boleh jadi pilihan yang bagus.

Contohnya, harga saham SCOMI (sebuah syarikat dalam perniagaan minyak) ialah RM0.475 pada 18 Februari 2014. Sungguhpun begitu, pada 23 Februari 2024, harga saham tersebut jatuh mendadak kepada RM 0.005.
 

3. Ibu Bapa yang Membiayai anak di Luar Negara

 



 

Kita semua tahu yang kos bagi rakyat Malaysia untuk belajar di luar bukannya sedikit, tambah lagi bila nilai mata wang yang dah makin susut ni. Lagilah beban nak tanggung kos nya!

Yuran pengajian yang dah sedia mahal jadi makin mahal bila nilai mata wang merosot. Student kita kena bayar yuran pengajian yang lebih mahal daripada student yang memang asal dari negara Eropah. Sesetengah universiti pula kerap tingkatkan harga yuran mereka sebab mereka suka renovate infrastruktur mereka.

Selain daripada yuran pengajian, kos sara hidup di negeri asing pun ibubapa kena aware juga. Tambah lagi sekarang kos sara hidup makin meningkat sebab rakyat Malaysia kena ambil kira faktor penurunan mata wang Ringgit.
 

4. Pekerja Malaysia Di Luar Negara

 




Sama macam student yang menuntut di luar negara, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara perlu membayar sewa dan kos hidup. Tapi mereka ni boleh dikatakan bernasib baik sebab tak terkesan sangat dengan nilai mata wang Malaysia yang merosot sebab gaji mereka dibayar dengan matawang yang kukuh.

Jadi, sesiapa yang ada ahli keluarga yang bekerja di luar negara bestlah sebab dapat duit kiriman yang banyak. Tapi sudah tentu, manfaat ini hanya kepada mereka yang bekerja di negara yang nilai mata wang nya lagi tingi dari Malaysia Ringgit
 

So, siapa yang UNTUNG?

 

Guys, sebenarnya takde siapa pun yang menang atau kalah dalam situasi ni. Yelah, kita boleh nampak walaupun pengusaha industri pelancongan dapat terima banyak demand, akhir sekali nanti penduduk tempatan yang terima akibat sebab kena tanggung kos yang tinggi.

Nak tak nak, untuk kurangkan rasa susut nilai Ringgit, korang kenalah berjimat dan jaga budget korang. Lebih bagus lagi kalau korang beli barang tempatan yang tak terkesan sangat dengan turun naik pertukaran asing.Harga barang tempatan biasanya tak terjejas macam harga barang import.

Apa-apa pun kendalikanlah duit korang dengan bijak. Kalau korang betul-betul nak wang tunai tambahan untuk hadap situation ni, gunakanlah alat perbandingan pinjaman peribadi untuk dapatkan pinjaman peribadi yang terbaik di pasaran.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta