Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang CTOS

BY Team Loanstreet

Updated 10 Feb 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Kalau sebut pasal, CCRIS dan CTOS, memang tak ramai yang akan faham. Ramai yang akan mula tahu pasal CCRIS dan CTOS ni  bila nak buat loan dekat bank. Time tu lah, terpinga-pinga tak tau macam mana benda ni berfungi.

Sebelum ni, kita dah bincangkan pasal CCRIS (kalau nak baca, klik SINI). So, dalam bahagian kedua daripada 2 siri ni, Admin nak explain pasal CTOS pulak. Kalau nak tahu bagaimana CTOS membantu dalam permohonan pinjaman korang, teruskan baca.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa itu CTOS?




CTOS ni adalah Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk merekod laporan kredit korang berdasarkan sumber awam, seperti:
 

  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Warta dan penerbitan kerajaan.
  • Carian di Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Carian di pendaftar pertubuhan.
  • Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang / litigators / penyokong perdagangan
  • Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek itu sendiri.


Dan, daripada kesihatan rekod kredit korang tu, CTOS ni akan kasi skor (credit score) untuk buat penilai risiko kredit pengguna. Skor akan di-rate-kan dalam range 300 (tinggi risiko) sehingga 850 (rendah risiko). Maksudnya, lebih tinggi skor kredit korang, lagi senanglah permohonan pinjaman korang diluluskan.

CTOS ni digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi-institusi lain.

Dan, kalau korang tak tahu, hanya pelanggan CTOS je boleh akses Pengkalan Data Maklumat CTOS. Macam mana nak jadi pelanggan? Boleh check kat SINI.




So, kalau CTOS tak cantik, boleh kena blacklist ke?


Eh, tak tak! CTOS ni bukan senarai hitam. Skor CTOS ni hanya sediakan fakta je dan tak ada kuasa pun untuk blacklist mana-mana individu. Sama ada pinjama loan tu approve atau tak, tu semua ditentukan oleh pemiutang atau pemberi kredit itu sendiri, bukan CTOS.

Dan, CTOS ni akan sentiasa mengemaskini rekod sepanjang tahun. Pada bila-bila masa je, CTOS boleh kemaskini maklumat daripada daripada pihak-pihak yang terlibat. Jadi, tak boleh lah korang nk kelentong cakap skor CTOS tak cantik sebab tak update.

 

Apa maklumat yang ada dalam laporan CTOS?


Laporan CTOS ni dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu:

 

Seksyen A – Pengesahan Identiti

 
  • Bantu kenalpasti dan sahkan subjek mengikut nombor pengenalan, nama penuh, syarikat atau nombor pendaftaran perniagaan. Function dia untuk detect sama ada ada penipuan atau kecurian identiti.


Seksyen B – Senarai Dalaman / Pendedahan Kumpulan

 
  • Bahagian ni mengandungi maklumat korang sendiri lah, atau rujukan. Kat sini akan tersenarai pengalaman perniagaan korang dengan pelanggan. Dan, seksyen ni sangat PNC, takde pelanggan lain boleh akses, hanya kakitangan pelanggan tu sendiri je boleh semak.


Seksyen C - Jawatan Pengarah dan Kepentingan Perniagaan

 
  • Rekod pengarah dan pegangan saham korang dalam syarikat-syarikat dan perniagaan yang diperbadankan di Malaysia.
  • Bank akan gunakan bahagian ni untuk mengesahkan pendapatan korang, terutamanya kalau korang ada jadi pemegang saham syarikat atau pemilik perniagaan.


Seksyen D – Tindakan Undang-Undang

 
  • Kat sini ada rekod maklumat undang-undang korang. Kot-kot lah sebelum ni korang ada kes undang-undang, bahagian ni akan listkan latar belakang, sejarah dan pengalaman perniagaan korang.
  • Bank akan gunakan bahagian ini untuk tahu sama ada korang pernah bankrap, kena tindakan undang-undang atau semak status-status kes lain.


Seksyen E- Pengadil Perdagangan dan Komen subjek.

 
  • Pengadil Perdagangan – Kat sini akan listkan nama pengadil perdagangan. Siapa tu pengadil perdagangan? Mereka adalah pelanggan CTOS yang nak kongsi pengalaman perniagaan diorang dengan syarikat atau perniagaan korang. Kira macam testimoni lah, atau nama lain dia Rujukan Perdagangan. TAPI, rujukan perdagangan ni maklumat pelanggan sendiri bukan CTOS. Selalunya, rujukan perdagangan ni dibuat secara langsung melalui email, di antara perujuk perdagangan dengan bisnes owner tu sendiri. 
 
  • Komen Subjek – Yang ni pulak, satu tambahan maklumat yang disediakan oleh pihak CTOS. Komen ni membolehkan pihak yang terlibat dalam sesuatu kes menceritakan kisah sampingan mereka. Komen-komen mestilah objektif dan hanya terhad kepada kes itu.




Berapa lama rekod akan disimpan?


Tak macam CCRIS (hanya simpan rekod selama 12 bulan), rekod CTOS disimpan selam-lamanya sebagai arkib sejarah korang
 

Jadi, berapa kerapkah laporan CTOS dikemaskini?


Macam yang kami dah terangkan tadi, pangkalan data CTOS akan dikemaskini dengan maklumat baru setiap hari. Maklumat yang terkandung di dalam Seksyen C akan dikemaskini secara berkala. 
 

Maklumat dalam Bahagian D pulak, maklumat takkan dihapuskan kecuali dalam kes-kes:

(1) Penipuan, ATAU
(2) Kesilapan.


In case berlaku penipuan atau kesilapa, korang kenalah provide dokumen sokongan yang berkaitan kepada CTOS untuk pemeriksaan dan pengesahan sebelum diorang hapuskan maklumat tersebut.


"Saya dah selesaikan tindakan undang-undang / dilepaskan daripada kebankrapan, tapi bank masih tolak permohonan loan dengan alasan Isu CTOS. Kenapa ek?"


Disebabkan cara CTOS beroperasi, kalau korang ada sejarah tindakan undang-undang, korang kena update dan senyediakan maklumat terkini kepada mereka (CTOS), terutamanya bila keputusan berpihak kat korang.

Tak susah pun nak update! Call je Customer Service CTOS, dan nanti diorang akan tolong uruskan.

TAPI, kalau dah update dan permohonan loan masih ditolak, kemungkinan besar, isu itu disebabkan dasar kelulusan kredit dalaman bank. Certain bank ada dasar dalaman yang sangat strict kat peminjam yang bermasalah ni.

Kalau macam ni, Admin rekomen korang untuk buat 'resting period' sekurangnya 1-2 tahun sebelum buat permohonan lagi sekali. Selalunya, makin lama kes dah selesai, makin yakin bank untuk approve loans korang.
 

"Saya ni mangsa kecurian identiti. Banyak tindakan undang-undang dikenakan terhadap saya. Kalau kes yang tak dapat diselesaikan ni, nak buat apa?


Kalau korang mampu untuk buktikan penipuan tersebut (laporan polis contohnya, surat sokongan daripada bank-bank yang berkaitan / peguam / litigators), CTOS akan menghapuskan rekod yang berkaitan dari sistem mereka selepas pengesahan.


Korang boleh jugak tulis komen subjektif kat Seksyen E dalam fail CTOS tu untuk pertahankan diri. Kalau ada komen ni, nanti kot-kot ada organisasi nak check laporan CTOS korang, diorang akan nampak lah keterangan korang tu.
 

"Saya takde hutang apa-apa dengan bank. Dan saya pun tak pernah didakwa. Macam mana boleh ada "isu-isu CTOS" jugak?


Kalau terjadi macam ni, korang mungkin kena check Seksyen E laporan CTOS. Mungkin ada details dalam "Referi Perdagangan" yang buatkan rekod korang tak cantik. 

Kalau korang nak tahu, syarikat telco dan utiliti pun kadang-kadang boleh jadi Referi Perdagangan. So, kalau korang jenis yang lambat bayar bill ataupun banyak tunggakkan, itu mungkin punca lah kot. Walaupun jumlah dia kecil, tapi boleh jadi punca jugak.

So kalau macam ni, korang dinasihatkan untuk call Pusat Khidmat CTOS untuk buat Semakan Laporan CTOS sendiri. Daripada laporan itu, korang boleh dapat tahu lah dari mana punca sebenarnya.

Jadi, dah faham ke belum CTOS ni apa?

Mesti ramai kengkawan korang yang masih tak tahu pasal CTOS ni kan. Share lah kat diorang! Penting tau ilmu CTOS ni, especially kalau nak buat loans kat bank.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!