Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Panduan Kepada Pelabur Muda - Risiko Dan Keuntungan Daripada Forex

BY Team Loanstreet

Updated 03 Aug 2021




Terdapat banyak soalan yang tidak dijawabkan dalam bahagian pertama artikel ini. Apakah itu leverage? Apakah risiko jika melabur dalam Forex? Apakah cara untuk melindungi aku daripada risiko itu? Bacalah artikel ini dengan teliti dan kamu akan mendapat jawapan untuk segala soalan yang dibawa daripada artikel bahagian pertama!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Nisbah Kekuatan

Untuk memaksimumkan keuntungan anda, salah satu alat yang sangat efektif adalah dengan leverage. Leverage membolehkan anda melabur lebih banyak daripada jumlah yang anda mampu membayar, Ringkasnya, leverage dapat menguatkan keuntungan dan kerugian.

Secara umumnya, leverage untuk pelaburan dapat dipisahkan kepada dua bahagian, jumlah asas dan nisbah kekuatan.

nisbah kekuatan

Jumlah terakhir selepas nisbah kekuatan dapat dikira dengan

Jumlah terakhir=  nisbah kekuatan*jumlah asal

Jika anda mempunyai ekuiti keseimbangan sebanyak 1000 USD di dalam akauns dan kamu menggunakan nisbah kekuatan 50:1.

nisbah kekuatan

Kamu dapat melabur dengan mata wang yang bernilai 50k USD!

*Perhatikan bahawa kita tidak menggunakan perkataan “ mata wang “ sahaja jika kami mengatakan 1000 USD kerana ekuiti keseimbangan termasuklah mata wang dan segala keuntungan dan kerugian kedudukan terbuka anda. Keuntungan dan kerugian kedudukan terbuka adalah keuntungan dan kerugian kamu dapat daripada membeli pasangan mata wang, walaupun anda masih tidak menjual kedudukan itu lagi.

Sebagai contohnya, jika kami ada dua pilihan. Pilihan pertama adalah kita  mempunyai 1000 USD dan menjual pasangan mata wang USD/EUR dengan nisbah kekuatan 50:1 semasa 1st jun 2014 dan menyimpankan pasangan itu selama satu bulan. Pilihan kedua adalah kita juga menggunakan 1000 USD tetapi kita akan melabur ke dalam Time Dotcom bhd (salah satu saham yang berprestasi terbaik di Malaysia tahun 2015). Yang mana satu pilihan yang akan membawa keuntungan yang lebih banyak?

perbandingan antara FOREX dan saham
 

Pemenang  adalah sangat jelas. Pelaburan dalam forex dapat memberi sebanyak 90% pulangan ke atas pelaburan manakala pembelian saham hanya memberi 20% pulangan ke atas pelaburan. Walaubagaimanapun, jika kamu lihat dengan teliti, harga saham Time dotcom Sdn BHD memang naik lebih banyak daripada harga pasangan mata wang. Tetapi, perbezaan antara dua pilihan ini adalah jumlah leverage yang digunakan. Semasa kita menggunakan leverage 50:1, kita memang sedang membesarkan keuntungan kami sebanyak 50 puluh kali.

Jika anda membuat pilihan yang salah dan membuat keputusan untuk membeli pasangan EUR/USD, kamu akan mendapat kerugian yang besar.

Membeli USD/EUR

Dengan pelaburan jumlah 1000 USD iaitu bernilai sama dengan 916 Euro, kamu telah hilang sebanyak 95% pelaburan anda.

Mengehadkan risiko anda:Analisis Teknikal

Kebanyakan pelabur forex menggunakan analisis teknikal dan juga memberi perhatian kepada berita global untuk membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam pelaburan

Analisis teknikal melihat trend masa dulu pasaran dan menggunakan ilmu itu untuk meramalkan masa depan pasarannya tanpa menghiraukan nilai intrinsic mata wang itu.

USD/EUR

Di atas adalah carta candlestick,salah satu carta yang terpopular semasa membuat penilaian mata wang. Untuk menilai bahawa satu mata wang harus dibeli atau tidak adalah dengan menggunakan analisis teknikal.

Bolehkah anda melihat bulatan biru di carta candlestick itu, pergerakan ia seperti gelombang laut, bergerak ke atas dan bawah?

Gerakan mata wang adalah sama seperti gelombang laut, gerakannya begerak ke atas atau bawah. Untuk mendapat keuntungan, kita perlu memasuki  ke dalam “gelombang laut” ini secepat mungkinnya untuk mendapat keuntungan daripada pengerakan, dan keluar daripada “gelombang laut” ini secepat mungkin sebelum ia gerak ke arah bertentangan.

Mengehadkan kerugian anda: Perintah Had

Tidak kira berapa pengalaman kamu mempunyai, sebagai seorang pelabur kadang-kala kamu akan membuat ramalan yang silap tentang pergerakan mata wang kerana analisis teknikal ini hanya berdasarkan spekulasi dan ramalan. Oleh sebab itu, walaupun analisis teknikal dapat merendahkan  kebarangkalian kerugian berlaku, kamu tetap perlu mengehadkan jumlah kerugian anda untuk mengehadkan kerugian anda sehingga suatu tahap untuk mengelakkan kerugian yang terlalu besar sehingga menyebabkan masalah untuk aliran tunai kita.

Untuk mengehadkan kerugian, pelaburan forex menggunakan perintah had secara elektronik untuk. Perintah had ini akan menentukan suatu had harga dan akan menutup kedudukan anda secara automatik jika harga itu mencapai had harga. Perintah had ini adalah flexible dan dapat digunakan dalam beberapa scenario.

Kembali kepada contoh semasa membeli EUR/USD, jika kita menggunakan perintah had 0.905, kerugian anda akan dihadkan.

USD/EUR

 

                  Membeli USD/EUR dengan had

Dengan memohon perintah had kerugian, kamu dah tahu bahawa kerugian anda telah dihad ke jumlah tertentu kerana jiga kerugian mencapai tahap kerugian itu, kedudukan anda akan ditutup secara automatik.

Sebab lain anda menggunakan perintah had adalah untuk  memperoleh keuntungan yang tentu dan menutupkan kedudukan anda sebelum mata wang bergerak ke arah bertentangan. Sebagai contohnya, jika anda menjual USD/EUR, kamu mungkin akan berfikir bahawa tidak harus bertamak dan cuba untuk mendapat keuntungan tanpa had bersama-sama  mengambil risiko yang besar. Kenapa kita tidak berhenti dengan kuntungan terhad dan menutupkan kedudukan anda dengan selamat?

Jika kita memohon perintah had 0.895 untuk pasangan mata wang USD/EUR semasa menjual USD.

keuntungan melabur di USD/EUR

Jika kita mengikuti carta, semasa Jun 4th, harganya akan mencapai 0.895 dan anda akan membeli pasangan itu semula secara automatiknya.

Menjual USD/EUR dengan had

Kamu dapat meperoleh 815.64 usd iaitu lebih banyak daripada anda tidak menggunakan had! Dengan ini, jelaslah kita dapat melihat bahawa perintah had dapat membantu kita untuk meperoleh keuntungan kerana kita dapat menutupkan kedudukan sebelum  mata wang bergerak kea rah bertentangan.

Suatu perintah had yang popular lagi adalah perintah henti membeli. Perintah ini akan dilaksanakan jika harga mencapai sesuatu tahap. Sebagai contoh, kita meramalkan harga EUR/USD akan jatuh. Tetapi, kita tidak cukup yakin untuk membeli sekarang tetapi kamu takut bahawa esok semasa kamu bangun dari tidur “gelombang” itu telah tamat. Perintah membeli berhenti merupakan alat yang sangat efektif dalam senario ini.

Kesimpulan

Dalam pasaran forex, tiada pelaburan yang menjaminkan pulangan, tetapi mempunyai alat yang boleh membantu anda dalam membuat analisis (meningkatkan peluang untuk mendapat keuntungan) dan mengehadkan kerugian (perintah had).

Ingat bahawa pelaburan Forex dapat membolehkan anda menjadi kaya dalam satu hari tetapi ia juga dapat membolehkan anda menjadi bankrupt. Menggunakan nisbah kekuatan dan perintah had untuk mengehadkan kerugian. Nasihat terakhir kita kepada remaja adalah “jangan tamak semasa anda melihat orang lain mempoleh keuntungan beribu-ribu sebulan dan kamu hanya memperoleh keuntungan berates-ratus sahaja.” Ingatlah “biarkan lambat asalkan selamat”.
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!