Bagaimanakah Pemasaran Pelbagai Peringkat Dijalankan?

Updated 18 Jul 2017 – By Loanstreet


Seorang rakan lama yang tidak berhubung selama 10 tahun membuat panggilan kepada anda dan minta untuk bertemu. Selepas bersua dan bertegur sapa, rakan anda memperkenalkan suatu produk revolusi baru dan memberitahu anda bahawa anda boleh menjadi kaya dengan menjualnya. Setelah mendengar jargon seperti pendapatan pasif dan ‘downline’, anda berasa anda mula mempercayai impian yang diperkenalkan oleh rakan anda.Sangat biasa mendengarnya? Adakah Pemasaran Pelbagai Peringkat atau ‘Multi Level Marketing (MLM) ini tidak baik? Adakah pemasaran tersebut sah atau penipuan? Dalam artikel ini, kita akan berbincang dan menjawab pertanyaan tersebut.

Apakah itu MLM?

Multi Level Marketing (MLM) ialah suatu strategi pemasaran di mana pendapatan pengedar dijana daripada usaha penjualansecara individu, dan sebahagian daripada jualan yang dibuat oleh ‘downline’ (kumpulan pengedar yang mereka rekrut) mereka. Para pelanggan juga boleh mendaftar sebagai pengedar untuk menjual barangan MLM. Biasanya, kos pendaftaran merupakan kos untuk membeli produk tersebut.

Dalam kata lain, syarikat MLM membina dan mengelola kuasa jualan mereka dengan merekrut dan mendorong pengedar untuk menjual barangan.

Merujuk kepada gambar rajah di bawah, pengilang (manufacturer) menjual kepada pengedar (distributer), dan pengedar menjual kepada lebih banyak pelanggan.

Bagaimanakah Pemasaran Pelbagai Peringkat Dijalankan?

Adakah MLM suatu skim piramid?

MLM merupakan strategi perniagaan yang sah. Namun secara etikanya adalah amat lemah. Skim piramid, tidak seperti MLM, jelasnya merupakan satu penipuan. Dalam struktur piramid, seorang ahli membayar yuran untuk menyertainya. Sebahagian daripada wang itu akan dikembalikan  kepada mereka selepas mereka membawa ahli baru ke dalam skim ini. Tiada produk yang terlibat dalam skim ini, ahli hanya mengaut lebih banyak wang dengan membawa lebih banya ahli ke dalam skin ini. Ini menunjukkan perbezaan yang jelas antara skim piramid dan skim MLM kerana pendapatan dalam skim piramid datang daripada pengorbanan orang lain.Jadi, situasi menang-menang tidak mungkin jadi. Dalam MLM, jualan produk boleh menghasilkan pendapatan yang benar dan sekali gus mewujudkan ekosistem yang mampan untuk kedua-dua diri sendiri dan downline mereka.

Bagaimanakah MLM berbeza dengan pemasaran tradisional?

Perbezaan dalam penjualan dan pengedaran produk

Dalam pemasaran tradisional, In traditional marketing, rantaian bekalannya lebih panjang berbanding dengan MLM. (lihat rajah di bawah)

Bagaimanakah Pemasaran Pelbagai Peringkat Dijalankan?

Untuk pengedaran barangan selepas pembuatan, produk ini perlu melalui pengedar, pemborong dan peruncit akhirnya sampai ke tangan pengguna. Sebuah syarikat MLM memendekkan rantaian bekalan dengan terus menjual kepada pengguna. Tuntutan syarikat MLM bahawa penyingkatan tersebut mendatangkan penjimatan kos kepada pengguna akhir.

Selain itu, Anda boleh menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan dan perbandingan pinjaman peribadi untuk mendapat pakej yang tersesuai untuk jimatkan kos anda.

Perbezaan dalam pemasaran atau pengiklanan

Bagaimanakah Pemasaran Pelbagai Peringkat Dijalankan??

Syarikat tradisional lazimnya mengiklankan produk mereka melalui media. Sebaliknya, syarikat-syarikat MLM mengiklankan produk mereka melalui ejen-ejen jualan yang agresif (syarikat yang berbeza menggunakan nama yang berbeza tetapi pada dasarnya anda menjual produk dan merekrut downline. Cth: Pemilik Perniagaan) dan melalui dasar rekrut.

Kesimpulan

Dalam teori, mod operasi MLM lebih menjimatkan kos dan mudah dijalankan. Namun begitu, proses merekut ejen jualan sebahagian besarnya berkisar tentang idea kebebasan kewangan. Matematik mudah akan memberitahu anda bahawa kebanyakan orang tidak menjadi mengaut keuntungan besar melalui MLM. Seorang individu mengatakan bahawa 99% daripada ahli MLM tidak pernah membuat keuntungan langsung semasa wawancara dengan CNBC.

Disebabkan oleh cara merekrut dan impian untuk menjalani kehidupan yang penuh kekayaan, keadaan dan pencapaian yang sebenar tidak semestinya sebaik yang disangka. Selain itu, MLM juga dikatakan akan menyebabkan seseorang tidak begitu disukai oleh rakan-rakan dan ahli keluarga. Perkara ini tentunya stereotaip umum terhadap industri MLM dan bukannya akibat konkrit yang datang daripada aktiviti tersebut.

Walaubagaimanapun, pengliatan dalam MLM tidak semuanya sesuatu yang buruk. Anda mungkin menikmati waktu kerja yang flekibel ditambah pula dengan peluang untuk menjana aliran pendapatan yang sihat. Tambahan pula, anda benar-benar mempunyai peluang untuk menjana pendapatan besar.

Dengan lebih daripada 68 syarikat-syarikat MLM yang berdaftar di Malaysia, tiada kekurangan dalam syarikat-syarikat untuk dijadikan pilihan sekiranya anda mencari peluang untuk memulakan kerjaya anda dengan MLM. Ingatlah untuk mengambil pertimbangan yang teliti dan membuat keputusan bijak sebelum melonjak dalam kerjaya ini.

Teruskan Pembacaan...