Untuk korang yang tak suka ambil risiko

Andaikan korang dah menyimpan sejumlah RM 10,000 (atau lebih) dan korang tahu kepentingan pelaburan. Jika korang nak dapatkan pulangan cepat, jalan terbaik untuk mendapatkan duit balik ialah dengan meramal atau berjudi. Tetapi peluang untuk korang mendapatkan pulangan korang tu adalah sangat kecil kerana risikonya sangat tinggi dan susah untuk ditentukan.
Jadi, untuk korang yang bukan seorang pengambil risiko, cara paling selamat untuk melabur adalah melalui deposit tetap. Sekarang ni dah banyak bank yang menawarkan kadar faedah yang baik. Nak senang korang check je dekat sini. Tapi walaupun selamat, pulangannya rendah dan tak mampu lawan inflasi yang tinggi.
Untuk korang yang nak pulangan tinggi

Kalau korang tak mampu membeli sebuah hartanah yang bernilai RM 2 juta dan hanya mempunyai RM 10,000 untuk dilabur, korang bolehlah membeli saham sahaja. Korang boleh memilih antara unit amanah, stok ataupun REITs.
REITs amat selamat untuk dilabur dan juga memberi pulangan yang berpatutan. Sebelum korang pilih REITs mana yang korang patut labur, korang kena kaji dulu yang mana satu sesuai dengan gaya hidup korang. Kalau korang tak berminat dengan yang didalam negara, korang boleh melabur di luar negara dengan bantuan broker luar.
Belajar lagi tentang pelaburan
Bila korang dah pandai urus kewangan, tak mustahil untuk korang ada dapat dana tambahan untuk dilaburkan. Korang boleh baca artikel kami untuk belajar cara untuk menjadi perancang kewangan korangsendiri. Sambil itu, boleh baca artikel kami mengenai REITs dan kebankrapan.
Terdapat banyak cara untuk membuat pelaburan tetapi soalan yang sering ditanya adalah dimana dan kenapa. Seorang pelabur yang bijak akan sentiasa meluangkan masa untuk memahami prinsip asas mengenai pelaburan dan sentiasa membuat keputusan memaklum tentang pelaburan. Tidak kira sama ada matlamat ada adalah untuk menghantar anak-anak ke university ataupun menikmati waktu persaraan dengan berlancong di seluruh dunia, membuat pelaburan adalah penting untuk menolong korang untuk mencapai matlamat korang.
Semoga berjaya!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
