Apa Yang Boleh Dijangka Dari Kad PIN & Bayar


Mulai 1 Januari 2017, tandatangan akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat-peringkat apabila kad dan terminal dinaik taraf. Bank-bank merentasi Malaysia telah mengeluarkan kad PIN & Bayar yang memerlukan pemegang kad untuk memasuki PIN (atau Nombor Pengenalan Peribadi) untuk membuat bayaran.

Kad PIN diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan apabila membuat bayaran dan juga diwajibkan oleh Bank Negara supaya selaras dengan piawaian global. Teruslah membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana kad ini mempengaruhi anda dan juga mempelajari sistem ini, pengunaannya dan manfaat-manfaat kad ini.

 

Manfaat-manfaat Kad Baru

Kelebihan yang paling penting dari Kad PIN adalah ia menawarkan keselamatan yang lebih tinggi berbanding dengan kad lama. Jika kad kredit atau debit anda hilang atau telah dicuri, pengguna lain tidak boleh menggunakan kad anda jika mereka tidak mengetahui PIN anda. Oleh itu, penting bagi anda untuk merahsiakan PIN supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat kehilangan dan kecurian.

Tidak boleh dinafikan bahawa kad debit tidak menikmati perlindungan sebanyak kad kredit, oleh itu pengenalan kad baru ini amat diperlukan kerana ia dijangka untuk menyekat penipuan dan urus niaga tanpa kebenaran dengan lebih berkesan.

Satu ciri yang menarik oleh kad PIN yang baharu ini adalah transaksi tanpa sentuh, dimana anda hanya perlu menyentuh kad anda di terminal pembayaran untuk membuat bayaran. Hal ini akan menpercepatkan transaksi dan mengurangkan keperluan untuk mengeluarkan wang dari ATM.

Perbelanjaan Pengguna

Kini, bank-bank boleh menggantikan kad sedia ada anda secara percuma, oleh itu anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan kad baru anda. Tiada bayaran tambahan yang diperlukan bagi mereka yang ingin memohon untuk kad PIN baru buat masa kini juga.

Jika anda perlu menggantikan kad anda dengan segara (untuk tujuan melancong atau lain-lain), sesetengah bank boleh memenuhi permohonan anda. Oleh itu, anda bolehlah menghubungi bank anda untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.

Kemudahan Kad PIN & Bayar

Proses untuk meluluskan transaksi cepat dan tidak rumit, malah, perbezaan antara kad lama dan kad PIN ialah anda tidak perlu menandatangani pada slip tetapi anda hanya perlu memasuki PIN anda di terminal pembayaran.

Selain itu, untuk transaksi tanpa sentuh seperti Visa payWave, MyDebit dan MasterCard Contactless, PIN tidak diperlukan apabila anda membuat bayaran. Walau bagaimanapun, jika pembelian anda lebih daripada RM 250, anda akan diminta untuk memasukkan PIN apabila anda membuat pembayaran.

Nasihat Ringkas: Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting (contohnya, hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lessen pemandu.

Tidak Boleh Digunakan Untuk Pembelian Atas Talian

Hanya pembayaran menerusi kad kredit dan debit di terminal jualan (Point-Of-Sale terminal) di Malaysia akan diluluskan menggunakan PIN, contohnya apabila anda membuat bayaran untuk barangan runcit di pasar raya atau di stesen minyak. Anda tidak perlu menggunakan PIN untuk pembelian dalam talian. Jika anda diminta untuk memasuki PIN anda untuk pembelian dalam talian, jangan memberi PIN anda dan melaporkan isu ini kepada bank anda dengan segara.

Kad baru anda harus mempunyai tarikh luput yang baru. Oleh itu, pastikan anda telah mengemaskini maklumat untuk pembayaran bulanan bagi kad lama anda dengan kad baru ini.

Bagaimana Kad PIN Menjejaskan Bayaran Di Luar Negara

Anda masih boleh menggunakan tandatangan untuk membuat bayaran di terminal pembayaran yang masih belum ditingkatkan (di Malaysia atau di luar negara); hal ini diteruskan sehingga 30 Jun 2017.

Jika anda ingin menggunakan kad kredit anda di luar negara, pastikan PIN anda telah disediakan kerana terdapat banyak negara telah bermula menggunakan sistem PIN ini.

Tidak semua pasaran luar negara menyokong PIN, tetapi seperti yang diterangkan oleh VISA, “terminal pembayaran direka untuk mengesan dan membuat transaksi dengan wajar, jika terdapat terminal luar negara yang tidak menyokong PIN, maka anda perlu menggunakan tandatangan untuk meluluskan pembayaran.”

Anda boleh menghubung bank anda dan mendapatkan informasi tentang pembayaran untuk negara yang anda akan melawati untuk mengelak masalah pembayaran di negara tersebut.

Konklusi

Walaupun kebanyakkan bank cuba untuk membuat proses pertukaran kad ini dengan mudah dan secepat mungkin, anda mungkin perlu menahan sedikit pergelutan dalam proses pertukaran kad ini.

Kad baru ini harus dialu-alu kan kerana penggunaan PIN boleh membantu melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran dan kemudahan fungsi pembayaran tanpa sentuh akan memudahkan proses pembayaran.

Teruskan Pembacaan...