Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Erti Cryptocurrency

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Liputan pihak media global tentang isu Bitcoin, dan juga cryptocurrencies secara amnya, telah dicetuskan oleh isu-isu negatif yang berkenaan penyalahgunaan cryptocurrencies dalam pembayaran untuk tindakan dan perdagangan yang menyalahi undang-undang, serta keruntuhan sesetengah pemain utama dalam industri Bitcoin (terutamanya kegagalan Mt Gox, salah satu syarikat pedagang Bitcoin yang terkemuka). Walauppun dengan persepsi negatif media, nilai matawang bitcoin meningkat sehingga AS$500 seunit pada 1Jun 2014 dan akan terus meningkat pada masa hadapan. Harga bitcoin hampir mencecah separuh auns emas.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Untuk memahami lebih dalam bagaimana  Bitcoin dan (cryptocurrencies secara amnya) menjadi begitu bernilai, dan impak pada sistem pemindahan wang global, kita perlu memahami apa itu matawang, apa  itu wang dan bagaiman sistem ekonomi dunia berfungsi (ataupun sepatutnya berfungsi). Artikel ini akan memberi perspektif  untuk mengetahui kuasa sebenar cryptocurrencies

Teori Microekonomi dan Praktis

Secara asasnya, semua transaksi dagangan , komersial mahupun perbankan berlaku apabila individu sedar, secara sendiri tidak mampu untuk menyediakan semua keperluan secara sendiri. Kita  boleh menukarkan perkhidmatan atau barangan yang dihasilkan oleh diri sendiri dengan barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak lain. Ini berlaku melalui sistem Barter. Contohnya, Seekor lembu boleh ditukarkan dengan beberapa ekor ayam . Wang, sebagai satu medium yang diterima sebagai unit pertukaran menggantian sistem barter yang telah lapuk

Menggunakan Cryptocurrencies

Hampir keseluruhan matawang yang berada di dunia ini adalah berasaskan matawang fiat . Ayat diatas membawa maksud dimana nilai wang itu tidak ditentukan oleh ciri fizikal seperti kecantikan, keunikan ataupun disokong dengan sesuatu ciri yang lahiriah. Tetapi nilai wang itu ditentukan oleh perakuan dari kerajaan. Bagi sesebuah negara yang memilik matawang tunggal, terdapat 2 impak, iaitu sumber wang itu berpunca dari pengeluar , dan pengeluar wang memiliki kuasa mutlak terhadap ekonomi negara tersebut. Terbaru, kita dapat melihat bank pusat Amerika dan Eropah cuba keluar dari krisis kewangan melalui quantitative easing  ataupun secara mudahnya , keluarkan lebih banyak wang.

Bagi sesetengah pihak , langkah ini memberitahu bahawasanya matawang fiat  tidak bernilai, pernyataaan yang benar pada secara fizikalnya

Apakah yang menyebabkan cryptocurrencies menjadi sangat bernilai? Sepertimana matawang digital yang lain , semuanya berasaskan konsep sama yang digunakan oleh Bitcoin.  Bitcoin wujud sebagai kod computer, seolah olah sama seperti dengan matawang fiat . Tetapi pengeluaran Bitcoin adalah sangat sukar (proses ini dipanggil melombong Bitcoin) Bitcoin juga terhad untuk pengeluaran. Konsep ini menyamai logam berharga, juga sangat sukar untuk diperolehi dan mempunyai amaun yang terhad. bitcoin juga amat sukar untuk diduplikasi. Bitcoin disimpan dalam wallet  dan boleh dipindahkan  secara maya tanpa melalui pihak ketiga dan secara percuma

Pemahaman lanjut tentang cryptocurrencies adalah diluar tajuk perbincangan, secara asasnya berikut adalah ciri ciri yang kita perlu faham mengenainya

1. Cryptocuurencies diterima sebagai medium pembayaran maya , tetapi ada organisasi fizikal menerima pembayaran melalui saluran ini

2. Cryptocurrencies adalah tidak beridentiti. Sekiranya langkah berjaga jaga diambil, adalah hampir mustahil untuk membuktikan bitcoin tersebut diperolehi secara tidak sah, dan adalah sangat sukar untuk mengetahui pemilik asal Bitcoin, Penjenayah membuat beribu wallet untuk mengaburi mata pihak berkuasa

3. Sekiranya berlaku kecurian , matawang Bitcoin boleh diperolehi semula. Berbeza dengan matawang fizikal yang akan lenyap apbila dicuri

4. Disebabkan tidak ada badan yang mengendali matawang digital, adakalanya melanggar undang undang organisasi yang lain

5. Shingga Mei 2014, terdapat lebih 275 matawang digital untuk didagangkan . Pemain utama ialah Bitcoin , dan Namecoin, Litecoin, Dodgecoin, Peercoin dan mastercoin

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!