Senarai Kad Kredit Terbaik Malaysia 2024 - Tak Tipu Punya!

Inginkan kad kredit terbaik di Malaysia? Bandingkan lebih dari 160 kad kredit untuk restoran, beli-belah, percutian dan petrol. Mohon sekarang dan dapatkan promosi menarik dan hadiah percuma!

Kad Kredit

Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
8.99% p.a
Rebat Tunai
10.0%
Yuran Tahunan
RM120
Kadar Keuntungan
15.0% p.a
Pindahan Baki
0.0% p.a
Rebat Tunai
8.0%
Yuran Tahunan
RM240
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
8.99% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
RM90
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
Free*
Kadar Keuntungan
15.0% p.a
Pindahan Baki
0.0% p.a
Rebat Tunai
1.0%
Yuran Tahunan
Free*
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
0.0% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
Free*
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
0.0% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
Free*
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
5.99% p.a
Rebat Tunai
15.0%
Yuran Tahunan
RM250
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
8.99% p.a
Rebat Tunai
8.0%
Yuran Tahunan
RM195
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
0.0% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
RM240
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
5.99% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
RM600
Kadar Faedah
15.0% p.a
Pindahan Baki
5.99% p.a
Rebat Tunai
N/A
Yuran Tahunan
Free*

Menunjukkan 12 daripada 203

Soalan Lazim (FAQ)

Kad kredit adalah kad yang dikeluarkan oleh institusi kewangan untuk tujuan pembayaran barang dan perkhidmatan, pindahan baki dan/atau wang tunai pendahuluan. Ia adalah pinjaman dalam skala yang kecil, seperti pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, kerana pada dasarnya anda meminjam wang tunai daripada pengeluar kad yang mesti dibayar balik dengan caj tambahan (bergantung kepada pengeluar kad).

Apabila menggunakan kad kredit, anda dikehendaki untuk membayar sekurang-kurangnya amaun minimum daripada baki kad kredit anda setiap bulan sebelum tarikh matang. Baki bayaran yang seterusnya akan dibawa ke bulan hadapan dan kadar faedah akan dikenakan.

Untuk pindahan baki dan/atau wang tunai pendahuluan, kadar faedah akan dikenakan bermula daripada tarikh transaksi. Kadar faedah adalah berbeza-beza bagi setiap bank jadi pastikan anda membuat pilihan yang bijak.

Di Malaysia, jika anda mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM36,000 ke bawah, anda hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit. Tapi jika anda mempunyai lebih daripada itu, anda tidak akan dikenakan had pada bilangan kad kredit yang boleh dipohon. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai rekod kredit yang teruk, ianya masih bergantung kepada budi bicara bank anda.

Oleh kerana bank yang berbeza mempunyai terma dan syarat yang berbeza, pastikan anda membacanya untuk mendapat maklumat lanjut.

Ada banyak jenis kad kredit di Malaysia untuk pelbagai gaya hidup, tabiat perbelanjaan dan tujuan yang berbeza-beza. Kategori di bawah mewakili jenis kad kredit utama yang boleh didapati rakyat awam di Malaysia:

  • Kad Kredit Rebat Tunai Kad ini menyediakan rebat tunai untuk pembelian anda, membolehkan anda mengurangkan beban kewangan dan berbelanja dengan tenang. Kad yang berlainan mempunyai terma yang berlainan tentang bila, di mana, dan berapa jumlah rebat tunai yang anda boleh perolehi, jadi berbaloi untuk anda buat kaji selidik terlebih dahulu.
  • Kad Kredit Petrol Malaysia adalah antara negara dengan kadar pemilikan kereta tertinggi di dunia. Hampir semua orang mempunyai kereta, dan semua perlu mengisi minyak. Kad petrol memberi anda manfaat berkaitan petrol yang berbeza seperti rebat tunai, diskaun petrol daripada syarikat tertentu seperti Shell atau Petronas, ataupun mata ganjaran yang boleh ditebus untuk hadiah dan sebagainya.
  • Kad Kredit Ganjaran Kad ini membenarkan anda untuk mengumpul mata ganjaran semasa anda membuat pembayaran. Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditukarkan kepada pelbagai barangan, seperti hadiah dan gajet. Malah ada kad yang membenarkan anda menukar mata ganjaran dengan airmiles, gunakan mata ganjaran anda seperti wang tunai untuk membayar barangan, ataupun pakej percutian!
  • Kad Kredit Perjalanan Kad ini membenarkan anda mengumpul mata ganjaran atau airmiles bagi tujuan penerbangan, membuatkan ianya sesuai bagi mereka yang kerap mengembara. Kebanyakan kad travel seperti ini juga memberikan insurans perjalanan buat percutian anda.
  • Kad Pindahan Baki Kad ini menawarkan kadar pindahan baki yang menarik, jadi anda boleh memindahkan baki daripada kad-kad lain untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Anda mungkin perlu membayar yuran pengendalian, namun anda boleh mendapat penjimatan dalam jangka masa panjang, menjadikan kad jenis ini sesuai bagi sesiapa yang ingin menguruskan hutang dan mengawal kewangan mereka.
  • Kad Beli-Belah Kad ini adalah jenis kad terbaik untuk sesiapa yang gemar membeli-belah! Anda boleh mendapatkan diskaun terbaik, mata ganjaran dan rebat tunai bergantung di mana, bila dan bagaimana anda berbelanja.
  • Kad Kredit Promosi Kad ini mempunyai tawaran yang hebat dan hadiah percuma yang pasti membuat anda senyum sampai ke telinga. Layari Loanstreet’s Promo Card Page untuk mengetahui lebih lanjut akan kad yang mempunyai promosi terbaik untuk anda.

Kad utama mempunyai had kredit, tetapi kad tambahan tidak mempunyai hadnya tersendiri. Sebaliknya, kad tambahan berkongsi had kredit dengan kad utama. Pemegang kad utama boleh menetapkan had tertentu untuk kad tambahan.

Kad tambahan juga berkongsi ciri-ciri yang sama seperti kad utama. Kad tambahan umumnya mempunyai yuran tahunan yang lebih rendah dan kadang-kala datang bersama kad utama secara percuma.

Pengeluar Kad Kredit:

  • Menyediakan kad kredit kepada anda
  • Menetapkan terma dan syarat untuk setiap kad kredit
  • Memutuskan kadar faedah untuk baki kad kredit
  • Mengawal had kad kredit

Rangkaian Kad Kredit:

  • Memutuskan di mana kad kredit boleh digunakan
  • Membantu transaksi yang anda buat daripada peniaga melalui bank
  • Menetapkan yuran pertukaran yang perlu dibayar peruncit apabila anda menggunakan kredit kad untuk pembelian

VISA Classic Gold Platinum Signature Infinite
MASTERCARD Classic Gold Platinum Titanium World
AMERICAN EXPRESS Gold Platinum Infinite
UNIONPAY Satu jenis sahaja

Rangkaian-rangkaian ini menawarkan pelbagai kelebihan seperti akses premium kepada ruang menunggu di lapangan terbang, perlindungan perjalanan, rebat tunai, dan mata ganjaran. Setiap kad mempunyai manfaat yang berbeza bergantung kepada pengeluar kad. Tetapi, bukan semua bank menyediakan kesemua pilihan rangkaian kredit kad ini jadi pastikan anda memeriksa jenis kad yang anda suka.

Chargeback adalah bayaran balik terhadap pembayaran yang dibuat ke atas kad kredit anda dengan bantuan pengeluar kad anda. Proses ini mungkin mengambil masa 1 hingga 6 bulan kerana bank perlu menyiasat pertikaian yang berlaku. Anda harus menghubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan kerana bank yang berbeza mempunyai polisi yang berbeza.

Anda hanya perlu mengisi borang permohonan dan mengemukakan dokumen peribadi yang berkaitan. Di Loanstreet, hanya klik permohonan dan isi maklumat anda. Anda akan menerima panggilan telefon daripada kami dalam masa satu hari bekerja untuk menyemak kelayakan anda, dan setelah itu kami akan menghantar permohonan anda ke bank. Anda akan berurusan secara terus dengan pihak bank sehingga permohonan anda diluluskan dan kad kredit anda diterima.

  • Pastikan anda mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi membayar baki anda dan pengisytiharaan pendapatan dalam permohonan adalah milik anda.
  • Anda juga boleh mempunyai seorang penjamin yang mempunyai rekod kredit yang baik untuk menyokong permohonan, contohnya ibu bapa anda, untuk mendapat kadar faedah lebih baik.

Bekerja

  • Slip gaji terkini dan/atau
  • Penyata EA terkini dan/atau
  • Penyata KWSP dan/atau
  • Surat Tawaran / Surat Pengesahan

Bekerja Sendiri

  • 1 tahun Penyata Cukai / Resit Cukai terbaru
  • 6 bulan penyata CASA syarikat terbaru (untuk pengarah syarikat)

Pastikan anda memeriksa dengan bank akan dokumen yang diperlukan, kerana ada bank yang memerlukan dokumen tambahan.

Setiap pengeluar kad mengambil masa yang berbeza untuk meluluskan permohonan anda. Biasanya anda akan menerima kad dalam masa 7-10 hari, sama ada melalui pos ataupun pengambilan di bank. Pastikan anda telah menghantar segala dokumen berkaitan serta maklumat yang lengkap bagi memudahkan proses.

Ada beberapa pilihan untuk menyemak rekod perbelanjaan anda:

  • Online/Mobile Banking: daftar di laman web bank atau di cawangan terdekat
  • E-mel: daftar dan minta supaya penyata dihantar ke e-mel anda
  • SMS: anda mungkin dikenakan sedikit caj, contohnya RM0.50 untuk setiap SMS
  • Surat-menyurat: tiada caj tambahan

Hubungi bank anda supaya kad anda dapat disekat serta-merta. Jika anda tidak melaporkan secepat mungkin, anda mungkin dipertanggungjawabkan ke atas caj yang dikenakan ke atas kad anda. Perkhidmatan hotline disediakan 24 jam untuk isu ini. Selain itu, anda juga harus melaporkan kepada pihak polis untuk melindungi diri anda dari sebarang penyalahgunaan.