Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Jumlah Yang Anda boleh Meminjam Berdasarkan DSR

BY Team Loanstreet

Updated 10 Jan 2019




Kebanyakan orang ingin tahu jumlah banyak pinjaman yang mereka boleh meminjam sebelum membeli rumah. Mereka yang memerlukan jawapan yang segera untuk jumlah pinjaman perumahan maksimum yang anda boleh dapati, silalah cuba Semakan Penuh Pinjaman Perumahan Loanstreet! Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara kiraannya, teruskan membaca.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Faktor-faktor yang menentukan jumlah pinjaman maksimum

Jumlah pinjaman yang pihak bank dapat meminjam kepada anda bergantung pada 4 faktor utama:

  1. Nisbah Khidmat Hutang Anda (DSR)
  2. Profil risiko seseorang individu
  3. Penilaian Harta
  4. Max nisbah Margin Pembiayaan (LTV) / Margin Kewangan disediakan untuk anda (lihat di sini)

Artikel ini hanya meliputi faktor DSR, dengan ini kita akan membincangkan antara beberapa salah faham yang umum.

Mitos # 1 – Bank hanya akan meminjamkan kepada anda sehingga 1/3 daripada pendapatan kasar anda.

Ini adalah hanya satu garis panduan yang disyorkan untuk peminjam.Kebiasaanya bank mengamalkan set peraturan lebih terperinci semasa kelulusan kredit.

Mitos # 2 – Jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh dapati daripada setiap bank tiada banyak perbezaanya.

Terdapat pengecualian cukup ketara untuk yang mengatakan bahawa dasar-dasar kredit mempunyai perbezaaan yang besar  daripada 1 bank kepada yang lain. Jumlah pinjaman max juga boleh berbeza sehingga 3x di antara bank-bank berlainan.

Mitos #3 – Bank-bank hanya memberi pinjaman sebanyak 70% DSR anda

Ini merupakan anggaran sahaja dan bukanlah anggaran yang amat tepat.
 

Nisbah Pembiayaan Hutang / Debt Service Ratio (DSR)

DSR menunjukkan jumlah banyak pendapatan seseorang digunakan untuk membayar bayaran ansuran hutang, dan diwakili sebagai % daripada pendapatan. DSR diperolehi daripada 2 komponen utama:

DSR = Komitmen / Pendapatan

Antara bank-bank yang berlainan, ada perbezaan yang ketara dalam jumlah akhir DSR yang dikira. Ini adalah kerana setiap bank mempunyai kaedah pengiraan masing-masing bagi pendapatan dan pengiktirafan komitmen.

Contoh 1: Perhitungan asas oleh Standard Chartered Bank ialah mengunakan pendapatan kasar, manakala RHB dan Maybank boleh mengunakannya berdasarkan pendapatan bersih.
Contoh 2: CIMB dan HSBC mengiktiraf 100% daripada sewa pendapatan, manakala Public Bank dan OCBC hanya boleh mengiktiraf 80%.
Contoh 3: RHB hanya mengiktiraf 45% daripada pendapatan asing yang didapati, manakala Hong Leong mengiktiraf 100% daripadanya.

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila berlainan bank menghitung DSR untuk inividu yang sama, mungkin ada perbezaan DSR sehingga 20%! Tetapi perbezaan ini tidak berhenti di situ.

Sebaik sahaja DSR telah ditentukan, setiap bank akan mempunyai garis panduan masing-masing untuk jumlah maksimum DSR dibenarkan. Kebiasaanya ia ditentukan berdasarkan pendapatan, tetapi DSR juga boleh dipengaruhi oleh seperti nilai bersih dan arbitratri seperti kelayakan dan umur. Contoh-contoh garis panduannya ialah seperti berikut: 

Pendapatan DSR Maksimum Bank A DSR Maksimum Bank B
< RM3000 60% daripada Pendapatan Bersih 60% daripada Pendapatan Bersih (+10% jika profesional)
< RM6000 70% daripada Pendapatan Bersih 70% daripada perndapatan bersih (+10% jika profesional)
< RM10,000 75% daripada Pendapatan Bersih 80% daripada pendapatan bersih (+10% jika profesional)
> RM10,000 80% daripada Pendapatan Bersih 90% daripada pendapatan bersih (+10% jika profesional)

 

Kenali Kelayakan Pinjaman Maksimum Anda

Melainkan anda mengetahui dengan terkini dengan garis panduan kredit setiap bank di Malaysia, ini boleh menjadi amat sukar untuk menentukan jumlah maksimum pinjaman perumahan disediakan untuk anda. Ini terutamanya bagi ahli perniagaan, warga asing, warga Singapura, dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Dengan menggunakan perkhidmatan online permohonan pinjaman Loanstreet, anda boleh mengetahui dan memahami keupayaan pinjaman maksimum anda dengan cepat. Semua ini dapat dilakukan kerana kebiasaan Loanstreet dengan garis panduan kredit bank-bank di Malaysia.

Selain itu, gunakanlah alat perbandingan pinjaman perumahan Loanstreet untuk mendapat pinjaman perumahan yang sesuai untuk anda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?