Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Garis Panduan untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

BY Team Loanstreet

Updated 15 Jun 2021




Jika anda tidak pernah membeli hartanah dan bertanya-tanya bagaimanakah prosesnya, di sini ada satu garis panduan yang mudah untuk anda. Membeli hartanah adalah suatu keputusan yang besar dalam hidup anda dan proses keseluruhan mengambil masa yang panjang..

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Langkah 1 : Mencari Hartanah yang Sesuai

Langkah pertama untuk membeli suatu hartanah haruslah mencari hartanah yang betul dan dapat memenuhi segala keperluan anda. Keperluan adalah unik untuk setiap individu dan sesetengah individu mungkin mempunyai lebih keperluan daripada yang lain. Bergantung kepada sama ada anda membeli suatu hartanah untuk perlaburan atau untuk kehidupan sendiri, keperluan juga mungkin berbeza. Jika anda ada dillema untuk memilih jenis hartanah untuk melabur, kamu boleh membaca Panduan Kepada Pelaburan Harta Tanah

Langkah 2: Menjamin Perjanjian

Apabila anda telah menemui hartanah yang betul, anda akan diminta untuk membayar 2% - 3% yuran tempahan (booking fee) kepada pemaju hartanah atau ejen hartanah dan resit tempahan akan diberikan kepada anda. Dalam 14 hari dari hari tersebut, anda akan diminta untuk menandatangani Perjanjian Jual dan Beli (atau juga dikenali sebagai S&P) dan juga membayar 7% - 8% baki deposit, bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda boleh perolehi. (Dalam beberapa kes di mana penilaian hartanah adalah lebih rendah daripada jumlah pembelian hartanah, bank hanya akan meluluskan pinjaman sehingga 90% daripada jumlah penilaian. Malah, anda perlu membayar baki antara harga pembelian hartanah dan jumlah pinjaman. Oleh sebab demikian, kami amat menggalakkan anda mendapatkan pembiayaan anda dalam tempoh 14 hari ini kerana anda tidak tahu jumlah pinjaman yang akan diluluskan.)

Langkah 3: Mendapatkan Pembiayaan / Pinjaman

Ini adalah sebahagian proses yang mengambil masa yang paling lama selain daripada mencari hartanah yang betul. Anda ingin mendapatkan pinjaman daripada bank sama ada yang mengenakan faedah yang paling rendah atau mempunyai ciri-ciri produk yang menarik atau paling mudah untuk anda. Dalam proses ini, anda akan perlu mengemukakan borang permohonan bersamaan dengan semua dokumen sokongan (seperti salinan Kad Pengenalan anda, slip gaji, penyata KWSP, tempahan penerimaan dan sebagainya) kepada bank dan bank akan menilai profil kredit anda untuk menentukan sama ada mereka mahu menerima atau menolak permohonan anda. Jika bank membuat keputusan untuk meluluskan permohonan pinjaman, mereka akan mengeluarkan satu surat tawaran dan anda perlu menandatangani sebagai tanda bersetuju manerima tawaran.

p/s: Di sinilah Loanstreet boleh membantu mempercepatkan dan menjimatkan masa dan menyelesaikan masalah anda.

Langkah 4: Pemeteraian Perjanjian

Pemeteraian perjanjian di mata undang-undang bermakna anda perlu melantik peguam untuk melaksanakan Perjanjian S&P dan Perjanjian Pinjaman. Bergantung kepada faktor-faktor tertentu, anda mungkin perlu untuk melaksanakan Perjanjian S&P dan Perjanjian Pinjaman dengan peguam yang lain. Sebaik sahaja anda telah menandatangani perjanjian yang diperlukan, peguam akan mengambil alih dan setem perjanjian itu (di mana anda perlu membayar duti setem dan yuran guaman) dan melaksanakan pendaftaran pemindahan di Pejabat Pendaftaran Tanah. Bergantung kepada aspek-aspek tertentu, kadang-kala pendaftaran pemindahan boleh mengambil masa sehingga setahun untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang biasa, ia tidak seharusnya mengambil masa lebih daripada 3 bulan.

Apabila semua telah selesai, bank akan membayar jumlah pinjaman kepada penjual dan kunci akan dihantar kepada anda. Ini melengkapkan keseluruhan proses di mana anda kini ialah pemilik sah untuk hartanah tersebut.

Tips, Helah dan Kesulitan Yang Mungkin Terjadi

  1. Selain daripada bayaran muka anda, jangan lupa untuk berhati-hati dengan kos permulaan yang lain semasa membeli hartanah (yuran guaman, duti setem, penilaian dan sebagainya) Gunakan Kalkulator Pinjaman Perumahan kami untuk mengira kos penyertaan anda.
  2. Sehingga 31 Disember 2014, jika pembelian rumah pertama anda berharga di bawah RM400,000, anda layak untuk mendapat diskaun 50% atas duti setem bagi Perjanjian Jualan dan Pembelian serta dokumentasi pinjaman anda. Gunakan ini untuk kelebihan anda.
  3. Berhati-hati dengan penilaian hartanah. Hanya kerana anda membeli rumah pada harga tertentu tidak bermakna bank akan menilai hartanah tersebut pada harga yang sama. Bank biasanya hanya boleh memberi pinjaman sehingga 90% daripada harga pembelian atau penilaian tersebut. Oleh itu, jika penilaian itu adalah kurang daripada harga pembelian, anda mungkin perlu menambah dengan tunai!
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan