Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Adakah PTPTN Pinjaman Pendidikan Terbaik Di Malaysia Pada Hari Ini?

BY Team Loanstreet

Updated 27 Jul 2021




PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) adalah sebuah agensi di bawah kementerian pendidikan yang memberi pinjaman pendidikan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan ke pengajian tinggi di Malaysia. Pinjaman ini telah membantu 1.95 billion pendidik, dengan menguntukkan RM 43.6 billion sejak 1997. Kami telah menulis artikel baru ini untuk membincang lebih banyak (Artikel dahulu, ‘6 Soalan Lazim Tentang PTPTN’ )kerana tentang pinjaman PTPTN pinjaman ini popular dan berfaedah untuk pelajar.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Marilah kita bertumpuan ke pelajar yang sedang mengambil pinjaman PTPTN, kita telah bertemu dengan beberapa pelajar dari beberapa universiti supaya dapat berfikir sama macam  mereka dan mengetahui apakah pemahaman mereka terhapap pinjaman PTPTN.

Selepas temuan kami, kami telah mendapati bahawa suatu sebab yang paling biasa untuk memohon pinjaman PTPTN adalah kerana mereka berasa tiada pilihan lain lagi. Walaubagaimanapun, kita seharusnya memikirkan pilihan anda secara sempurnanya sebelum memohon.

Pilihan suatu adalah meminjam dari ibubapa atau ahli keluarga anda.

Pilihan kedua adalah memohon biasiswa pendidikan. Biasasiswa tidak memerlukan pembayaran balik dengan menggunakan wang tetapi ia akan mengikat anda untuk bekerja untuk syarikat yang tertentu sebagai bayaran balik.

Pilihan ketiga adalah pinjaman PTPTN kerana ia sangat mudah untuk memohon dan menawar kadar faedah yang rendah. Kami akan berbincang lebih banyak tentang kadar faedah PTPTN di artikel ini nanti.

Pilihan terakhir adalah pinjaman pendidikan dari bank. Pinjaman ini dapat meminjam anda jumlah yang banyak dan membolehkan anda untuk belajar di luar negara tetapi pinjaman ini dating bersama kadar faedah yang tinggi. Sebagai contohnya, pinjaman pendidikan OCBC mengenakan kadar faedah 6.5% setahun.

Suatu perkara yang perlu dingati adalah jika biasiswa anda menawar diskaun yuran pengajian secara langsung dari university anda , kamu kemungkinan  besar layak untuk memohon pinjaman PTPTN. Tetapi, jika biasiswa anda adalah daripada pihak ketiga, terma dan syarat biasiswa anda mungkin mengelakkan anda untuk memohon pinjaman PTPTN.

Sebagai contohnya, salah satu pelajar yang kita bertemu harus memilih antara biasiswa yang ditawar oleh syarikat ayahnya atau pinjaman PTPTN. Akhirnya, dia telah memilih PTPTN kerana memberi lebih banyak manfaat. Kamu haruslah sentiasa menanyai majilis university anda untuk menjelaskan terma dan syarat biasiswa anda.

Pembayaran balik pinjaman PTPTN tidak akan mengenakan kos upah iaitu kadar faedah rata 1%, jika anda membayar balik dalam tempoh 6 bulan selepas awak graduan. Kadar faedah rata 1% merupakan jumlah yang paling rendah bagi pinjaman. Oleh sebab, kadar faedah yang rendah ini pelajar macam telah lupa bahawa mereka perlu membayar balik pinjaman ini.

Haruskah anda membayar lebih sikit setiap bulan untuk mendapat tempoh bayar balik yang lebih panjang ataupun membayar lebih banyak setiap bulan untuk mendapat tempoh bayar balik yang lebih pendek?  Sebagai contohnya, jika kamu mempunyai pinjaman yang perlu dibayar sebanyak RM 50000 harus dibayar dalam tempoh 15 tahun dengan bayaran minimum RM319.44 sebulan, haruskah kamu membayar lebih banyak untuk mendapat tempoh bayar balik yang lebih pendek atau menyimpan wang tambahan itu ke akaun simpanan tetap untuk menikmati kadar faedah.

PTPTN pinjaman pendidikan

Faedah dibawah pilihan 2 anda akan mendapat wang tambahan sebanyak RM458.33 sebulan sepanjang lima tahun selepas memendekkan tempoh bayar balik sehingga 10 tahun daripada 15 tahun.

Jika kamu mula berjimat wang tambahan selepas membayar pinjaman PTPTN, jumlah penjimatan anda di bawah pilihan 2 tidak akan melebihi jumlah penjimatan anda di bawah pilihan 1 kerana kamu mula menjimat lebih lambat. Walaubagaimanapun, dua perkara yang anda perlu mengingati semasa memilih cara membayar balik.

Pertamanya,aliran wang tambahan daripada pilihan 2 mungkin berguna dalam tempoh 15 tahun itu.

Keduanya, Debt service ratio (DSR) anda akan menjadi lebih tinggi di bawah pilihan 1.

Kebanyakan pelajar yang kami temu tidak pasti bahawa apakah hukuman terhadap mereka jika mereka tidak dapat membayar balik pinjiaman PTPTN, dan kebanyakan juga tidak mempunyai pelan untuk membayar balik juga. Jika anda gagal untuk membayar balik, kamu akan dimasukkan ke dalam senarai hitam. Kamu akan disekat untuk memperbaharui passport anda dan tidak boleh meninggalkan Malaysia. Ini mungkin akan menjejaskan lawatan kerja kerana tidak boleh pergi ke luar negara. Selain itu, ini juga akan meninggalkan rekod di laporan CCRIS dan akan menjejaskan pemohonan pinjaman peribadipinjaman rumah dan pinjaman kenderaan anda.

Kesimpulan

Pinjaman PTPTN merupakan pinjaman pelajaran yang paling baik untuk pelajar Malaysia sekarang. Sangat pentinglah kita belajar lebih banyak tentang pinjaman PTPTN dan menghargai faedah yang ia membawa kepada pelajar. PTPTN adalah penting kerana ia dapat membantu banyak remaja untuk melanjutkan pendidikan mereka untuk memenuhi permintaan terhadap pendidikan tinggi semakin tinggi di tempat kerja. Kami haruslah mengawal tabiat berbelanja kita untuk membayar balik pinjaman PTPTN supaya pinjaman PTPTN dapat diteruskan untuk generasi muda yang memerlukan ia.

Jika anda masih ada soalan, sila merujukan  artikel ‘6 Soalan Lazim Tentang PTPTN’.

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!